Tan Sri Mohd Bakke Salleh menafikan khabar angin di media sosial bahawa dia mengeluarkan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang RM2.6 bilion kononnya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Bekas Pengerusi 1MDB itu berkata, beliau tidak pernah menyebut atau melafaz mengenai perkara itu semasa memberi keterangan kepada PAC dalam siasatan jawatankuasa tersebut terhadap 1MDB.
“Kenyataan saya terhadap PAC iaitu sebuah jawatankuasa sahih dan diperakui Parlimen Malaysia, tidak pernah dibincangkan di media sosial dan tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya.
“Saya ingin menasihatkan pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Mohd Bakke berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat sebaran tidak benar yang merujuk, berkait dan memfitnah dirinya.
TAK HABIS-HABIS BUAT FITNAH! MACAM TAK TAKUT LANGSUNG YANG DIRI TU HAMPIR KE PENGHUJUNG NYAWA BELAKA!
ALLAH TAK AKAN TOLONG SESIAPA SAHAJA YANG GUNAKAN FITNAH SEBAGAI SENJATA.KEBENARAN AKAN SENTIASA MENANG.
TERUSKANLAH USAHA MEMFITNAHKAN SIAPA SAJA YANG DIANGGAP MUSUH KALAU HANYA ITU YANG MAMPU DILAKUKAN.
BERDIRILAH SELURUH MANUSIA DAN SELURUH MAKHLUK JIN DIBELAKANG KAMU,KALAU BUKAN HAK KAMU MAKA TAK MERASALAH APA-APA KEJAYAAN.
BERDIRILAH SELURUH MANUSIA DAN JIN DI BELAKANG MUSUH KAMU,KALAU DAH HAK KAMU MAKA KAMULAH YANG AKAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN.
APA YANG PENTING,TOLONGLAH MANUSIA LAIN KERANA ALLAH AKAN MENOLONG SESEORANG MANUSIA ITU SELAMA MANA MANUSIA ITU MENOLONG MANUSIA LAIN.
2 comments:
..admin..admin.. nape ngko bongok serupa macam najib penyamun??.. kecik kecik dulu ngko selalu jatuh ker?..
bro... ini bukan soal serupa sesiapa.ini soal perangai setan.fitnah itu kerja setan.kalau ikut islam dilarang memfitnah.tapi kalau ikut setan memang dia suka fitnah.orang suka membela si pemfitnah macam kau ni pun tergolong dalam kalangan setan.atau kau ni memang setan kut?he he he he.
Post a Comment