Thursday 25 February 2016

Goyang Buah Dada Artis Indonesia.

Video goyang buah dada artis Indonesia yang diharamkan tersebar!


Jakarta: Suruhanjaya Penyiaran Indonesia 
(KPI) mengharamkan tarian goyang dribel 
yang dipopularkan oleh kumpulan dangdut, 
Duo Serigala daripada ditayangkan di 
televisyen kerana terlalu seksi.

Duo Serigala yang dianggotai Pamela Safitri 
dan Ovi Sovianti mempopularkan tarian itu 
yang lebih banyak menggoyangkan bahagian 
dada.

Pengarah KPI, Agatha Lily berkata, tarian 
itu mengeksploitasikan bahagian yang tidak 
layak dan tidak sesuai disiarkan di televisyen.

“Tarian ini nampak buruk di mata 
masyarakat dan ia juga seperti merendah
kan maruah kaum wanita,” katanya.

Ujarnya, banyak perkara lain yang lebih 
kreatif boleh ditonjolkan oleh artis dan 
bukan hanya menggoyangkan bahagian 
dada sahaja.

“Garis panduan penyiaran melarang 
eksploitasi bahagian dada, paha dan 
punggung.

“Goyang dribel ini tidak memberi 
sebarang manfaat,” tegasnya.

Menurutnya, KPI membenarkan Duo 
Serigala muncul di televisyen tetapi 
mereka tidak dibenarkan membuat 
tarian itu.

“Kami tetap memberi ruang untuk 
mereka tetapi tidak boleh mengeksploitasi 
bahagian tubuh.

“Saya berharap mereka mencari potensi 
diri mereka yang lebih positif,” jelasnya.

No comments: