Thursday, 25 February 2016

Tukar Kubah Masjid Kosnya RM32.4 Juta? Kubah Emas Ke???




Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 
atau lebih dikenali dengan Masjid Biru mula 
dibina pada 1 Oktober 1983. Mula digunakan 
pada 3 Disember 1987 (hari khamis). 

Masjid Biru dirasmikan pada 11 Mac 1988, 

bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang 
telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha 
Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan. 

Masjid ini boleh memuatkan 24,000 jemaah 

dalam satu2 masa.

Hari ini usianya sudah menjangkau lebih 28 
tahun. Kos pembinaannya lebih kurang RM160 
juta. Keistimewaan masjid ini ialah Masjid ini 
mempunyai kubah yang terbesar di dunia. 


Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. 
Pembinaan masjid menggunakan teknologi 
terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras 
bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah 
agama yang terbesar pernah dibina sehingga 
kini. 



Bahagian luar kubah diperbuat daripada 

kepingan aluminium berlipat dan mempunyai 

panel yang 

menarik berwarna biru, tidak akan 


karat dan tahan beratus tahun.


Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi 
disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar 
terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 
14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel 
enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna 
biru dan berlatar belakang panel kelabu.

Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat 
Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El 
Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan 
oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.

Kubahnya dijangka tahan tanpa memerlukan penyelenggaraan sehingga 200 tahun. Tapi
baru 29 tahun dah nak ditukar. Kenapa?

Struktur kubah menggunakan tiub aluminium
ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan
selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.

Kenapa perlu import dalam keadaan ekonomi
gawat?

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Taman Medan
Haniza Talha berkata, “Bahan yang digunakan
untuk menggantikan kubah lama perlu diimport
dari luar negara dan harganya memang tinggi.
Ditambah lagi dengan kerja pembinaan dan pembersihan.

Kenapa tak tangguh dulu sehingga ekonomi pulih kembali?

Mungkin takut tak sempat nak kaut harta rakyat
Selangor kalau-kalau kalah dalam PRU14.
Sebelum apa-apa berlaku lebih baik kaut dulu
mana yang boleh. Projek ni kata mereka bukan
suka-suka diluluskan tapi telah diluluskan oleh
DUN Selangor.

Bila orang UMNO pertikai projek ini, mereka
kata apa ADUN UMNO buat dalam Dewan
Undangan Negeri Selangor? Makan gaji buta
ke?

Nak kata tak siuman mereka kata mereka orang
cerdik sebab yang bodoh-bodoh sokong UMNO
/BN tapi kalau nak kata cerdik nampak memang
tak cerdik. UMNO hanya ada 12 ADUN sahaja
manakala mereka ada 44 ADUN. Jika ketika
pengundian dijalankan dan 12 ADUN UMNO
mengundi tidak menyokong .... boleh menang ke?

Sudah terang lagi disuluh pembaziran dan
mungkin berlaku penyelewengan projek ini
yang dikuasai pembangkang namun mereka
masih nak salahkan ADUN2 UMNO yang mereka
kata hanya tidur dan makan gaji buta.

Lepas ni apa lagi projek mewah akan diluluskan
oleh DUN Selangor dan konco2nya.

Agak2nya siapa yang 'makan mewah' dalam
projek ni?


Fakta mengenai Masjid Biru ....

http://www.mssaas.gov.my/index.php…

No comments: