Tuesday 2 February 2016

BENARKAH MUFTI PERLIS SESAT???


JAIJ Sahkan Dr Maza Sebagai Mufti Sesat??



Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)mengesah
kan mufti Perlis itu,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
(Dr Maza)menyesatkan orang Islam di negara 
ini.

Perlis perlu mencari mufti baru. 

JAIJ telah mencadangkan untuk tidak 
membenarkan Dr Maza berada di negeri itu 
bagi menyampaikan ceramah, atau pun 
kuliah.Sultan Johor memperkenan cadangan 
itu.

Dr Maza disahkan sebagai mufti sesat kerana 
banyak memfitnah institusi mufti dansering 
memperlekehkan ulama mazhab Syafie.

"Mengkafirkan amalan ulama dan umat Islam, 
penghinaan terhadap pengajian sifat 20. Bah
kan menyatakan doa tidak memberi manfaat, 
contohnya mendoakan umat Islam Palestin 
tidak berubah keadaannya sehingga ke hari 
ini dan menggalakkan pergi berjihad.

"Selain itu, Dr Maza mengumumkan bahawa 
tahlil kematian tidak memberi faedah kepada 
si mati," tulis syor JAIJ itu.

Memang tidak dinafikan Dr Maza banyak 
mengkritik dan memfitnah ahli ulama yang 
tidak sepolitik dengan beliau. Malah, sebelum  
ini juga beliau dilihat cuba mempertahankan 
kumpulan G25 yang sememangnya menyesatkan.

Bayangkan kumpulan G25 yang meminta 
Jabatan agama menghentikan tangkapan 
khalwat atau basah kerana perkara itu 
merupakan privasi seseorang itu, mendapat 
'back up' besar dari Dr Maza.

Disitu kita dapat melihat, Dr Maza merupakan 
satu-satunya mufti yang menyokong cadangan 
G25 itu.... 

Memang perkara itu merupakan privasi 
individu, terbabit ataupun kata kasarnya 
dosa individu itu dengan Allah.

Namun sebagai Khalifah dimuka bumi ini, 
kita sepatutnya membanteras dan mencegah 
perkara ini dari terus bermaharajalela di 
negara ini... Rasanya tindakan yang dilakukan 
oleh JAIJ ini adalah tepat!!

Apa yang diharapkan adalah, Jabatan Agama 
Negeri lain dapat mengikut jejak langkah JAIJ 
untuk menyekat dan menghalang mufti atau 
golongan yang menyesatkan ini untuk 
menyampaikan ceramah atau kuliah mereka. 
- AndyBolat/Utaranews.com

3 comments:

Anonymous said...

ada senarai lengkap nama2 ilmuan
yg diharamkan jaij ni tak? curious la

Anonymous said...

Elok tinggalkan.
Bnyk yg betul, tp ada yg keliru. Klu tak faham, ngaji pulak tebuk tebuk, mudah keliru. Antara cara pemikiran salaf sebenar dgn salaf ngaku ngakuan alias wahabi, mmg mudah keliru jika tak faham betul.
Lbh selamat tinggalkan sahaja.

Anonymous said...

Ngaji agama pakai buku, baca sendiri, mmg mudah terpengaruh dg MAZA ni dan yg semisal dgnnya.