Friday, 25 September 2015

ZAMAN TUN MENTADBIR PERFECT LAH SANGAT!!!



Luahan Perasaan Rakyat Marhaen.






Cuba kau orang ingat...krisis ekonomi dan 
kejatuhan mata wang mana lebih teruk,pada
zaman pentadbiran Najib atau pada zaman 
Tun M ?

Seingat kita, kemerosotan ekonomi yang 
begitu teruk dan kejatuhan mata wang pada 
tahun 1997 zaman pentadbiran siapa erk?

Sampaikan rakyat dinasihatkan berjimat 
cermat kurangkan inflasi segala bagai.
Kira nasib baiklah waktu itu laman sosial 
seperti fb, tweter, belum ada kan.

Kalau tidak Tun M dan Anwar  yang jadi 
PM/TPM waktu itu lebih teruk diserang oleh 
rakyat, tak gitu??

Jadi kamu pencacai Tun M dan Anwar tak 
payah berlagak sangat konon dizaman 
pentadbiran mereka ekonomi negara 
dalam berkeadaan baik dan rakyat tak 
susah.

Pentadbiran Najib yang kamu tuduh 
menyusahkan rakyat tak ade lah beliau 
sampai berurusan dengan Soros kan.

Tak ade lah rakyat sampai digesa berjimat 
cermat elakkan inflasi segala bagai.

Nak hentam Najib boleh, tapi mohon imbas 
kembali di zaman pentadbiran Mamak Kutty 
dan Nuar. Jangan lupa scan balik pelbagai 
scandal dan tuduhan ketika pentadbiran 
mereka..


Sudah-sudahlah memburukkan negara dan 
pemimpin-pemimpin kita baik yang lama dan
baru...

In Shaa Allah,jika kita bersatu,berfikiran
positif dan waras,Allah akan 
merahmati dan
memberkati umat Islam dan negara 
kita yang 
tercinta ini.

5 comments:

Anonymous said...

Bersatulah Melayu di bawah naungan 2.6 bilion (?)

Anonymous said...

Hidup Tun M
Engkaulah HERO Dunia Islam.

Anonymous said...

Alhamdullillah anon 1624, orang Timur Tengah memberi, Malaysia merasa. Bukan sebarang orang dapat derma sebegitu. Ini disebabkan Najib bermurah hati dengan rakyat dengan pelbagai bantuannya seperti BR1M, bantuan sekolah, tadika, cermin mata, orang haji, buku dan sebagainya. Sebagai ganjarannya, ada hamba Allah bermurah hati dengan memberi derma kepada dia pula. Ini semua rezeki dari Allah juga. Saya terbaca satu kisah hamba Allah yg menolong orang RM3 tetapi dibalas rm300 pula. Apa maknanya ini? Orang yg baik dibalas baik kan.


Anon 1822, camnalah kau kata hero Islam pulak ni? Merapu lah. Kalau dah kerjanya memfitnah dan menjatuhkan orang sejak dari zaman Tunku sampai sekarang, maknanya penyangak. Penyangak itu tamakkan kuasa dan kekayaan. Fitnah pula berdosa besar. Kat mana hero Islamnya?

Anonymous said...

Jangan kita lupa rantau asia banyak negara mengalami kemelesetan ekonomi.Banyak negara telah diserang penyangak matawang.Kita jangan lupa teori domino dimana serangan matawang dan pasaran saham dikebanyakan negara terutama Jepun, Korea, Thailand, Indonesia tak ketinggalan Malaysia telah berlaku serangan matawang dan pasaran saham(serangan matawang dan saham berjangkit lepas satu negara kesatu negara yang tersebut).Bagaimana sebelum itu negara-negara ini dilabel harimau asia oleh negara barat.Tun Mahadhir telah menyarankan kekangan spekulatif terhadap matawang kerana penyangak matawang telah menyebabkan banyak negara telah menjadi miskin bukan kerana negara tersebut tidak berdaya maju.Alhamdulillah negara patut berterima kasih pada Tun (bersama pasukan MTEN)kerana berjaya mengekang dan memperlahankan tindakan penyangak matawang tersebut.Berbeza dengan apa yang berlaku sekarang dimana negara dirantau asia kebanyankannya tiada masaalah ekanomi malah prestasi ekonomi walaupun tidak tinggi tetapi menunjukan peningkatan.Disinilah kita boleh katakan fakto dalaman dimaana tadbir urus yang tidak kompiten dan tidak telus telah berlaku.

Anonymous said...

semasa melepaskan jawatan kepada pak lah..mahathir serahkan lebih rm1b kpd pak lah... kenapa tak ada yang pertikai. Harta raja2 melayu bertrillion di luar negara.. cuma cara bagaimana untuk menuntut terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin dan waris raja2 melayu.. dahulu tanah melayu di kenali sebagai semenanjung emas .. namun tiada kesan lombong emas yang di jumpai.. bagaimana kekayaan ini terhasil.. kembali kepada islam.. rezeki datang dari Allah kepada hambanya yang taat dan beriman. Dewasa ini terdapat banyak tempat yang telah dijumpai emas tanpa perlu di lombong di kawasan tertentu di tanah melayu / Islam ini.. hanya mereka yang banyak amalan dan jujur sahaja yang berjaya mengambil hasil tersebut... ini Alhamdulillah saya sendiri melihat dengan mata kepala saya.. bukan rekaan.. didepan saya sekarangpun ada 500 gram yang baru di kumpulkan dalam masa sehari sahaja. Alhamdulillah.. engkau maha pemurah...