Malu Tapi Bangga DiRogol!!!
Jue menyatakan dia berasa bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian pelakon yang menjayakan karya dan arahan Allahyarham Martias Ali.
Katanya, karakter kali ini agak mencabar kerana wataknya berat dan memerlukannya mainan emosi dan tenaga hampir sepanjang masa.
Ditambah dengan babak ganas seperti di seksa dan dirogol oleh askar Jepun yang kejam.
Meskipun, tidak melalui kehidupan di zaman penjajahan Jepun, Jue berjaya menghayati watak tersebut berdasarkan cerita serta pengalaman yang pernah di dengari daripada neneknya yang melalui zaman itu.
"Saya bawa watak isteri kepada seorang askar Melayu. Ia berlatarkan zaman penjajahan Jepun. Karakter saya berat dan banyak main dengan emosi dan ada babak keluarga saya diseksa, bapa saya dipancung kepala dan saya dirogol.
"Walaupun saya tidak pernah hidup pada zaman Jepun dan tidak tahu keadaan sebenar pada zaman itu tetapi saya menghayati watak tersebut berdasarkan pengalaman nenek saya.
"Nenek saya pernah cerita kehidupan dia yang melalui zaman penjajahan Jepun. Jadi, sikit sebanyak saya dapat gambaran dan apabila masuk ke set penggambaran saya boleh menjiwai watak saya.
Begitupun, Jue berkata, sejujurnya dia malu apabila melihat kembali lakonannya pada babak dia dirogol, lebih-lebih lagi kini dia sudah tampil berhijab.
Tegasnya, dia sekadar menghidupkan wataknya sekaligus cuba memenuhi kehendak pengarah.
"Penggambaran filem ini sudah lama dijalankan, sebelum saya pakai tudung. Saya percaya penonton juga sudah berfikiran terbuka.
"Saya mengganggap babak rogol sebagai kerja seni. Saya akui, saya malu tengok babak itu tapi dalam masa sama saya bangga.
"Bangga sebab bukan senang untuk kita bawakan satu-satu watak itu lebih-lebih lagi kita tidak hidup pada zaman tersebut. Itu hanya lakonan saja," katanya.
Selain Jue, Kapsul yang ditayangkan pada 17 September ini turut dibintangi barisan pelakon berpengalaman antaranya Faizal Hussein sebagai teraju utama serta Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Shahronizam, Zamarul Hisham, Haeriyanto Hassan, Fadhilah Mansor, Joey, Aman Graseka dan Adam Corrie Lee serta penampilan istimewa, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkembangan lain, Jue memberitahu dia kini dalam perancangan untuk menerbitkan filem tetapi masih belum mahu berkongsi lanjut mengenai projek tersebut.
"Sejak kebelakangan ini saya mula berjinak-jinak pada kerja belakang tabir. Saya dalam perancangan satu projek.
"Insha Allah ia sebuah filem romantik komedi tetapi buat masa ini saya belum berkongsi lanjut mengenai filem tersebut," katanya.-pilihananda.
No comments:
Post a Comment