Thursday, 17 September 2015

10 Tips Mengambil Hati Mertua!!!





Masih ingat lagi kali pertama berjumpa 

mertuaMesti dada berdebar-debar bukan? 

Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan.

Anda kini sudah berstatus menantu. 


Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu 

teknik dan tips mengambil hati mertua, 

agar sentiasa disayangi. Bukan mertua 

sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.

Apakah tips mengambil hati mertua dan 
ipar duai?

1. Angguk-angguk

Walaupun ada beberapa perkara yang kita 

tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. 
Biarkan mereka selesa dengan pilihan 
mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan 
sahaja apa sahaja tindakan yang mereka 
buat.

Walaupun kadang-kadang panas juga hati 

dengan tindakan mereka, bersabar sahaja
lah. Itu lebih baik.

2. Jangan masuk campur

Jangan masuk campur urusan meraka, 

melainkan ia bertentangan dengan Islam.

Senyum sentiasa dan ramah santun bila 

berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk 
berbaik-baik.


3. Jangan sampai suami report balik 
pada mak dia

Kadang-kadang apa yang terzahir dari 
mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa 
sedar. Suami yang mendengar, cuma 
angguk-angguk sahaja. Entah faham 
entah tidak.

Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya 
itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke 
telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang 
besar!

4. Jangan berkira dengan duit dan tenaga

Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. 
Belanjalah sedikit barang-barang keperluan 
untuk keluarga mertua.

Yang kedua ini bukannya berkira tentang 
duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. 
Elakkan kerja kita diambil alih orang lain 
seperti pakaian kita suami dan anak-anak.
Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. Tunjuk rajin masak

Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap 
tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin 
membantu ipar dan mertua.

Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri 
tak pandai masak, dia mula risaukan anak 
dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. Banyakkan berbual

Perbanyakkan bualan mesra yg boleh 
menarik minat mertua dan ipar duai. 
Kalau mereka suka tengok drama di 
TV, layankan sahaja.

Walaupun tidak sama level, ketepikan 
dahulu. Janji berkomunikasi.

7. Jangan tunjuk malas

Jangan menonton televisyen apabila 
mertua atau ipar duai sibuk mengemas 
rumah.Tak rugi membantu mereka 
mengemas bersama!

8. Berikan hadiah

Sebab itu, kita selalu nampak orang-
orang dulu akan bungkus bawa buah
-buahan bila berkunjung ke rumah 
tetamu. Sama juga adabnya bila 
menantu melawat mertua.

Jangan lupa belikan mereka ole-ole. 
Jika berkunjung ke tempat pelancongan, 
jangan lupa souvenir.

9. Hormati privasi

Jangan ambil apa-apa barang di dalam 
rumah mertua tanpa minta izin terlebih 
dahulu. Juga jangan suka-suka masuk 
bilik orang lain tanpa kebenaran.

Jangan juga alihkan perabot atau susun 
atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. Jangan ambil kesempatan

Untunglah kalau dikurniakan mertua 
yang baik. Namun, jangan cuba-cuba 
mengambil kesempatan di atas kebaikan 
mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, 
mereka tidak akan percaya sampai 
bila-bila.



Akhir kata

Sentiasalah berfikiran positif serta 
elakkan berprasangka buruk dalam 
kehidupan berumahtangga. Hidup kita 
bukan dengan pasangan semata-mata. 
Ia merangkumi kehidupan keluarga 
pasangan kita.-terbaik2u.

No comments: