Sunday 6 September 2015

HARIMAU AKAN MENGAUM KEMBALI BEBERAPA DEKAD YANG AKAN DATANG!!!





Bola sepak Piala Dunia bukan untuk 
negara yang mempunyai stadium 
berkapasiti 100 ribu. 

Bukan juga untuk negara yang mempunyai 
liga bola sepak termeriah Asia Tenggara, 
pemain bergaji puluhan ribu malahan bukan 
untuk negara yang mempunyai individu 
berjawatan berpuluh tahun dalam AFC mahu
pun FIFA. 

Bukan!!! 

Jika tidak, mana mungkin negara yang 
dilanda perang seperti Iraq jauh lebih 
berkualiti bola sepaknya. 

Negara yang tiada liga profesional seperti 
Palestin mampu ke Piala Asia 2015 dan 
membelasah negara yang berpengalaman 
dalam liga profesional, 6-0!! 

Piala Dunia adalah untuk negara yang 
benar-benar sudah memahami bola sepak 
cara moden baik di atas padang mahupun 
luar padang. 

Teruskan berjuang Harimau Malaya!! 
Mungkin kita akan layak jua suatu hari 
nanti sekalipun pemain yang akan beraksi 
di pentas tertinggi itu belum lahir pada 
hari ini. 

AUMMM!!

1 comment:

Anonymous said...

Saya agak suka dgn perubahan saudara kebelakangan ini :-)