Wednesday 2 September 2015

KESIAN TUN M,Jadi keldai DAP di #bersih4.0....


Kini sudah tiada tempat untuk Mahathir didalam Umno...*















Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke 
Perhimpunan Agung UMNO pada hujung 
tahun ini hanya akan mengundang persepsi 
negatif di kalangan ahli parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin 
Abdul Rahman berkata adalah lebih baik 
jika mantan perdana menteri itu tidak di
jemput ke perhimpunan itu selepas hadir 
ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara 
pada Sabtu.

"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan 
itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri 
memberi persepsi negatif dalam kalangan 
ahli parti.

"Perjuangan sudah berbeza dan beliau 
sanggup bersekongkol dengan pembangkang,
" lapor Awani.

Petang semalam, Mahathir dan isteri, Siti 
Hasmah Mohamad Ali mengejutkan banyak 
pihak apabila kedua-duanya hadir pada 
perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka.

Walaupun DAP dan pembangkang melabel
kan Mahathir sebagai Mahafiraun dan juga 
Diktator ketika menjadi Perdana Menteri 
dahulu, Mahathir nampaknya tak sedar diri 
dan membuang perasaan malu beliau untuk 
turun bersama Bersih4.

Kehadiran Mahathir disambut peserta 
perhimpunan dengan perasaan sinis 
walaupun ada yang turut tidak melepas
kan peluang merakamkan gambar 
bersama-utaranews.

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Betul tu, kalau Mahathir datang, ramai di atas pentas tu punggung panas..