Sunday, 20 September 2015

PERHIMPUNAN BAJU MERAH RASIS???



Ada yang kata perhimpunan baju merah rasis. Apa yang rasisnya? Adakah kedengaran teriakan mencaci bangsa lain secara totaliti? Yang kedengaran cuma seorang wanita yang marahkan Lim Kit Siang dan DAP. Tidak pula dia sebut semua bangsa Cina.

Ia bukan totaliti tetapi memanglah objektif Malaysiakini dan Malaysia Insider untuk menyemarakkan perbalahan antara kaum dan memutarbelit. Wartawan mereka dan editor mereka memang ditugaskan untuk berbuat demikian, sampai dapat melihat negara ini runtuh.

Permainan media haluan kiri yang menyembah perjuangan cauvinis Cina, DAP, memang sudah dijangkakan.

Pendekatan portal seperti Malaysiakini menggunakan Bahasa Malaysia begitu licik untuk memperkukuhkan sentimen halus mereka, untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu biarpun jika kita fikir dengan waras, apakah logik mereka berbuat demikian kecuali bagi memecahbelahkan perpaduan orang Melayu?

Bukankah kita sudah dengar laungan Malaysia ini milik semua, maka, jika ekstremis dan cauvinis boleh berhimpun secara haram, mengapa orang Melayu tidak boleh berhimpun pula? Adakah itu bermakna apabila hak seumpama itu hanya boleh dinikmati mereka? Dan apabila kita berkumpul, ia menjadi rasis?


Chong Choon Hau  berada di Padang Merbok ketika padang itu ‘bermandikan’ warna merah. Dia pergi dalam keadaan sihat dan berisi, pulang pun dengan badan berisi dan penuh senyuman.https://www.facebook.com/chongchoonhau

Orang Melayu memang begitu. Apapun bangsanya, jika datang bertamu, pasti disambut dengan tangan terbuka. Kita bertamadun sebenarnya. Kita ramah orangnya. Kita beradab orangnya.





Ironinya, bukan sahaja foto Chong bergambar dengan peserta Melayu di perhimpunan Baju Merah ini menjadi kebanggaan, tetapi perkataan yang tertera pada kemeja-T yang dipakainya.



Chong memilih untuk mengenakan kemeja-T bertulis ‘Stability’ atau Stabiliti atau kestabilan. Apakah maksud tersirat yang cuba disampaikan Chong ketika menyertai perhimpunan semalam? Chong menggambarkan jika kaum Cina dan Melayu bersatu, kestabilan dapat dicapai tetapi dengan wujudnya cauvinis dan ekstremis Cina dalam DAP, ia mungkin tidak mudah digapai. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil.





Apabila majoriti menyertai perhimpunan itu adalah orang Melayu, ia dianggap satu perhimpunan rasis. Mungkin Chong juga rasis kerana menyertai perhimpunan ini? Rasis menggambarkan kecenderungan terhadap satu-satu kaum. Chong bersalah kerana menyertai perhimpunan ini? Chong duduk bersantai bersama peserta Melayu tanpa diusik, malah gelak ketawa dan ramai yang ingin bergambar dengan Chong yang montel ini.



Bukankah itu sikap sebenar orang Melayu? Mesra dan biarpun ada cauvinis dalam DAP sebangsa dengan mereka, kita tidaklah bodoh untuk menganggap mereka secara total. Kita tidak bodoh. Orang Melayu bukan bodoh tetapi sering diperbodohkan.

Adakah Melayu bodoh? Adakah Melayu bodoh kerana tidak memijak poster wajah pemimpin pembangkang di perhimpunan itu? Adakah Melayu bodoh kerana tidak membawa sesuatu yang boleh mencetus kemarahan bangsa lain seperti apa yang dilakukan peserta Cina pada perhimpunan haram Bersih 4 tempohari membawa penyapu bagi mencetus provokasi akan tragedi perkauman pada 13 Mei 1969 hingga terkorban nyawa?

Maka, siapakah yang bodoh sebenarnya? Adakah kita menyerang peserta Cina seperti Chong yang hadir semalam? Adakah kita menyuruh Chong balik ke negara China semalam? Kita gembira kerana Chong dengan tubuh berisi sudah dapat menggambarkan apapun bangsa di negara ini boleh hidup sihat walafiat dan tidak ditindas. Memang montel Chong ni. Rasa macam nak cubit pipi dia.

Akhirnya, adakah selepas perhimpunan ini kita memboikot jiran bukan Melayu kita? Adakah kita menarik muka masam pabila terserempak di pagar rumah kita? Tentu tidak. Kita bukan bodoh. Apa yang kita marahkan ialah cauvinis Cina seperti DAP. Kita tak mahu kesepakatan kita antara kaum dirosakkan oleh mereka.

Tetapi ada juga yang sudah nyanyuk berusia 90 tahun tidak nampak kesepakatan ini kerana perhimpunan itu tidak menyebelahi dirinya.

Mungkin sudah tiba masanya kita hantar lelaki ini menikmati kemudahan di rumah orang tua? Mungkin kita boleh mulakan kutipan untuk membiayai kehidupan warga emas ini hidup semewahnya di rumah orang tua?

Dan mungkin kita perlu berhenti memberikan publisiti kepada si nyanyuk itu yang mahukan kita yang merupakan pengamal Ahlul Sunnah Wal Jamaah menerima ajaran Syiah dengan tangan terbuka?

Tetapi iyalah, kita ni Melayu. Nampak seperti bodoh, tetapi sebenarnya kita kesian pada dirinya. Semakin lama semakin nyanyuk. Jika dihitung, sudah banyak sebab untuk diheret ke mahkamah. Sudah banyak katanya untuk diheret ke penjara.

Kita kesian pada dia. Bukan kerana kita bodoh.