Sunday 27 September 2015

HANYA TUN MAHATHIR PERDANA MENTERI YANG SEMPURNA DI DUNIA INI!!!

Pengundi, bukan Dr Mahathir, yang pilih Najib jadi PM, kata menteri.

Gambar fail The Malaysian Insider, 
26 September, 2015


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak menuntut dan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri (PM) kerana pemilihan beliau dibuat oleh rakyat yang mengundinya pada pilihan raya yang lalu, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.



Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata demikian mengulas posting terbaru di blog mantan perdana menteri itu yang mengaku beliau sebelum ini berusaha gigih menjadikan Najib sebagai PM Malaysia yang ke-6.

"Sebenarnya ia tidak benar dan satu anggapan yang salah. Dr Mahathir bukan bos atau majikan Najib yang boleh memecat beliau sesuka hatinya.

"Mungkin ada yang menggelarnya satu delusi apabila seseorang merasakan dia boleh memutuskan siapa yang patut atau tidak patut memimpin negara, seolah-olah sistem demokrasi memilih pemimpin dan kerajaan tidak lagi wujud," tulis Salleh dalam posting di blognya bertajuk "Anggapan salah mengenai siapa yang buat Najib jadi PM" hari ini.

Katanya, pada 2013, Najib mengetuai Barisan Nasional pada pilihan raya umum dan parti pemerintah itu memenanginya.

"Jadi, pada 2013, rakyat atau pengundi, bukan Dr Mahathir, yang membuatkan Najib sebagai perdana menteri.

"Dr Mahathir hanya seorang daripada 11 juta pengundi," kata Salleh.

Semalam, menyenaraikan di blognya kesalahan yang didakwa dilakukan Najib, Dr Mahathir berkata walaupun beliau bertungkus lumus memastikan Najib yang memegang tampuk pemerintahan negara, beliau kini mahu perdana menteri meletak jawatan kerana "gagal dengan teruk" dalam menjalankan tugasnya.

Beliau turut menggesa orang ramai menuntut Najib meletak jawatan atas alasan ia hak demokratik mereka.

Salleh berkata, Dr Mahathir hanya boleh menuntut sedemikian sekiranya ia berkenaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri sebelum Najib.

"Lagipun, dia yang melantik Abdullah sebagai timbalannya dan kemudiannya meletak jawatan dan menyerahkan negara kepada Abdullah.

"Tetapi, Abdullah yang melantik Najib sebagai timbalan PM.

"Jadi, kalau sesiapa hendak mengaku dia yang membuatkan Najib sebagai PM, Abdullah mungkin boleh mengaku," kata Salleh. – 26 September, 2015.
- themalaysianinsider


Sudah-sudahlah Mahathir. Cakap berbelit-belit hang ni !!!
Tun Mahathir dah macam tak hormat suara rakyat lah 
pulak. 

Sebab di mana letaknya demokrasi berparlimen 
jika PM Najib disingkirkan tanpa melalui PRU mahupun 
pemilihan parti UMNO?

Makin berumur makin menyusahkan lah pulak hang ni 
Mahathir. Huh!


No comments: