Monday, 14 September 2015

KHAIRY LETAK JAWATAN!!! BUDAK-BUDAK TAK LAYAK JADI MENTERI!!!


MANDI DENGAN BUDAK AIR KERUH DULU!
MAKAN DENGAN BUDAK LAUK HABIS DULU!
BERDEBAT DENGAN BUDAK CARUTAN 
KELUAR DULU!




Zainal Abidin Cabar Khairy Gantung Segera FAM, Jangan Banyak Bunyi Je. 

Isu berkaitan kedudukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin hangat diperdebatkan apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu bakar digesa bertindak segera menggantung badan induk bola sepak negara itu. 

Gesaan itu dikeluarkan Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia yang juga Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan. 

Beliau mencabar Khairy menggantung FAM dalam tempoh satu minggu ini berikutan kenyataan menteri itu selepas pencapaian memalukan skuad bola sepak negara kebelakangan ini. Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri itu merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan. 

"Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantunglah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak. 

"Saya sebagai seorang yang sudah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya, selaku menteri beliau tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

 "Kami inginkan seorang menteri sukan yang memperbaiki keadaan dan bukan hanya bola sepak tetapi untuk semua sukan dan bukan dengan cara pergi ke stadium, duduk bersama penyokong bersama-sama memalukan pasukan negara kerana ini satu dorongan yang tidak baik selaku menteri". 

"Kami mahu menteri yang memberikan dorongan atau memperbaiki sukan bola sepak, beliau pun pernah memegang jawatan tertinggi di FAM, pernah merancang program Myteam, tetapi gagal," katanya lagi. 

Zainal Abidin turut menegaskan sepatutnya Khairy mencari perkara yang lebih baik untuk membangkitkan bola sepak dan bukan dengan kenyataan yang tidak membantu perkembangan sukan itu.Rezqeenhill.

SEJAK MENJAWAT JAWATAN MENTERI SUKAN,
KHAIRY ACAP KALI MENGKRITIK FAM.SEOLAH-OLAH ADA DENDAM TERSIRAT DI HATI.

KRITIKANNYA SERING DITAMBAH DENGAN SAMBAL BELACAN BERULAM PETAI DARI ARAH SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA.


KRITIKANNYA TERHADAP PENGURUSAN FAM SERING MENGUNDANG PERSEPSI BURUK PEMINAT BOLA SEPAK MALAYSIA TERHADAP FAM.DIA BERJAYA MENANAM SIFAT BENCI PEMINAT TERHADAP FAM.


SEHINGGAKAN PRESIDEN FAM SERING KALI DIKUTUK DAN DIHINA.MALAH PERNAH GAMBAR PRESIDEN FAM DIGANTI DENGAN GAMBAR MANUSIA BERKEPALA ANJING.BEGITU BERJAYA KHAIRY MENANAM RASA BENCI TERHADAP PRESIDEN FAM DALAM KALANGAN PEMINAT BOLA SEPAK.


AGENDA KHAIRY DAN GENG YANG BERSEKONGKOL DENGANNYA HAMPIR SAMPAI KE KEMUNCAK APABILA SAMPAI PELUANGNYA MENGGUNAKAN KUASA MENTERINYA UNTUK MENGGANTUNG FAM!!!


MENYALAHKAN 100% TERHADAP FAM ADALAH TIDAK WAJAR.FAM MELIBATKAN PENTADBIRAN.SEDANGKAN MEMBENTUK PASUKAN YANG KUAT ADALAH TUGAS PENGURUS DAN JURULATIH.


TIDAK PERLU BANYAK CAKAPLAH,PASUKAN MALAYSIA PERNAH DIBIMBING OLEH JURULATIH HEBAT DUNIA TAPI TAHAP PENCAPAIANNYA TETAPLAH SEPERTI SEKARANG.INI ADALAH KERANA SIKAP PEMAIN ITU SENDIRI.


AMBILLAH ALEX PERGUSON SEKALIPUN,TAHAP PERMAINAN PEMAIN MALAYSIA TETAPLAH SAMA SELAGI SIKAP MEREKA PADA TAHAP YANG SAMA.


DITAMBAH LAGI DENGAN HADIRNYA MENTERI BUDAK YANG HANYA TAHU TAMBAH MASALAH TAPI TAK TAHU NAK SELESAIKAN MASALAH.JELAS KEBENCIANNYA TERHADAP PRESIDEN FAM DITERJEMAHKAN DENGAN TINDAKANNYA YANG TIDAK MENGHORMATI SULTAN PAHANG APABILA AKADEMI BOLAK SEPAK YANG DIBINA DI NEGERI SULTAN PAHANG SENDIRI DINAMAKAN DENGAN NAMA ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI.


SEDANGKAN SULTAN PAHANG 30 TAHUN JADI PRESIDEN FAM LANGSUNG TAK DIHORMATI DI RUMAHNYA SENDIRI APABILA TETAMU YANG DATANG BERSIKAP KURANG AJAR!


KALAU DENDAM PERIBADI JADI KEUTAMAAN MAKA YANG ROSAK ADALAH KEPENTINGAN RAMAI.


JADI ADALAH LEBIH BAIK KHAIRY JAMALUDDIN LETAK JAWATAN.SEBAGAI MENTERI BELIA DAN SUKAN BELIAU GAGAL MEMBENTUK BELIA YANG BERWAWASAN.SEBALIKNYA BELIAU BERJAYA MELAHIRKAN BELIA AGEN KEGANASAN YANG HEBAT MELEMPAR BOM ASAP DAN MELANCARKAN ROKET BUNGA API.PERANGAI BUDAK-BUDAK YANG SERUPA DENGAN PERANGAI KEBUDAKAN SEORANG MENTERI!


p/s: Siapa yang nak tanggung anak bini orang yang kehilangan pendapatan akibat penggantungan  FAM?Siapa yang akan bantu para pemain,jurulatih,psioterapi,pegawai-pegawai pejabat FA negeri?Siapa yang nak tanggung kerugian yang bakal dialami para peniaga baik kedai alat sukan,peniaga jalanan maupun penjaja yang menjaja di stadium.Kedai yang jual mercun roket pun rugi juga!!!

No comments: