Wednesday, 2 September 2015

JENAZAH YANG DIMULIAKAN ALLAH!!!





Jenazah Kapten MH17

Gambar hiasan


by Fatin liana


 -Satu cerita yang nak di kongsikan
Jenazah allahyarham Kapten Wan Amran adalah 
paling sempurna, tidak busuk dan tidak reput 
sama sekali. 


Malah jasadnya flexible dan mudah di uruskan 
selepas di keluarkan dari kem tentera pada 28 
hb Ogos yg lepas..


Sewaktu balu dan anak-anaknya melihat jenazah, 
dua orang ustaz dari Jakim dan seorang dari 
forensik bertanya kepada balu apakah amalan 
beliau...?


Jawab isteri allahyarham, dia adalah insan yang 
sangat baik....


Ustaz tu kata sebenarnya pihak Jakim terkejut 
fenomena ini kerana jarang berlaku dan tanda-
tanda syahid tu Allah tunjuk pada kita. Saya 
menumpang keberkatan beliau menguruskan 
urusannya...


Satu perkara lagi yang aneh ialah sewaktu 
jenazah turun dari kapal, langit yang cerah 
tiba-tiba jadi mendung hujan turun dari langit 
dan berhenti hanya setelah jenazah dinaikkan 
ke dalam van jenazah...


Dan satu perkara lagi yang aneh ialah 
sekumpulan burung terbang berpusing 
seperti tawaf di atas jenazah dan di saksikan 
oleh orang ramai...


Apabila sampai di tanah perkuburan dan 
jenazah di letakkan atas liang lahad, 
hembusan angin sejuk yang kuat 
berhembus di kawasan liang lahad...


Ini dapat dirasai oleh waris dan orang-orang 
yang berada di sekitarnya....


Saya bersyukur kerana Allah tunjukkan 
segala keberkatannya sehinggalah 
allahyarham selesai di kebumikan.


Masya Allah, sebenarnya dia adalah anak 
lelaki yang tak pernah mengecilkan hati 
ibunya sewaktu hayatnya. 


Itulah yang kita perkatakan, insan-insan 
yang terkorban dalam MH17 adalah pilihan 
Allah swt....


Sehinggakan seluruh dunia sedekahkan 
Al Fatihah tak henti-henti....


Dahsyatnya anugerah Allah kepada mereka.
Cukup menginsafkan.


Adakah kita sia-siakan cerita ini sehinggakan 
tidak terdetik pun dihati untuk memperolehi 
saat indah seperti itu untuk diri kita sendiri?...


Jadi sentiasalah jaga hati ibubapa kita, 
senangkanlah hati mereka ...Jagalah kata
-kata kita semua sebelum bertutur.



KD:

SEGALA YANG BERLAKU PADA TUBUH 
JENAZAH ADALAH PETANDA KEMULIAAN ALLAHYARHAM YANG DIPELIHARA OLEH 
ALLAH.


PERKARA DAN PERISTIWA YANG BERLAKU
DI SEKITARNYA ADALAH SESUATU YANG TIADA
KAITAN DENGAN JENAZAH.IANYA ADALAH KEBETULAN.


INI PERNAH BERLAKU KETIKA KEMATIAN IBRAHIM ANAK RASULULLAH S.A.W .KETIKA KEMATIAN
NYA BERLAKU KEJADIAN GERHANA MATAHARI.


SEMUA ORANG MENGAITKANNYA DENGAN 
KEMATIAN ANAK RASULULLAH S.A.W.


RASULULAH TERPAKSA MENJELASKAN BAHAWA
KEJADIAN ALAM TIADA KAITAN DENGAN KEMATIAN MANUSIA.


Di hari wafatnya Ibrahim terjadi gerhana 
matahari. Sebahagiah sahabat Nabi Saw 
membayangkan bahawa gerhana matahari 
itu terjadi akibat meninggalnya Ibrahim, 
anak Nabi Saw. 


Ketika Nabi Saw memahami apa yang 
terjadi, beliau naik ke atas mimbar dan 
mengatakan kepada masyarakat muslim 
apa sebenarnya yang terjadi. Beliau berkata,

"Wahai manusia! Ketahuilah bahawa matahari 
dan bulan merupakan tanda-tanda kekuasaan 
Illahi. Mereka berputar sesuai dengan gerak 
alam dan undang-undang yang telah 
ditentukan Allah. Gerhana matahari tidak 
terjadi disebabkan ada orang yang 
meninggal atau lahir, tapi kewajiban kalian 
ketika terjadi gerhana matahari adalah 
melakukan sholat khusus gerhana matahari.



WALLAHUALAM!  

No comments: