Monday 14 September 2015

NASIB MELAYU DI BUMI SENDIRI!!! BANGSAT DAN TERBANGSAT!!!

CINA BUAT TAK KENA AKTA HASUTAN.MELAYU BUAT BENDA YANG SAMA TERUS KENA DAKWA AKTA HASUTAN!!!

HAIRAN YE,PENGANJUR BERSIH TAK PULAK DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN?

Berikutan Lebih 6 Laporan Polis Ketua Pemuda Wilayah Bakal disiasat di bawah Akta Hasutan? 


Pembangkang Semakin Ketakutan Menjelang 
Tarikh 16 September 2015.

Pembangkang semakin hari semakin kian 
dihimpit ketakutan apabila orang-orang 
Melayu semakin berani bersuara 
mempertahankan hak di bumi bertuah ini.

Hari ini apabila kita bercakap mengenai 
hak Melayu, kita akan dituduh sebagai 
perkauman dan menghasut. Jika orang Cina 
DAP bercakap mengenai isu yang serupa, 
mereka seolah-olah kebal dan terhindar 
daripada undang-undang.

Saya telah dipanggil oleh pihak Polis Di
Raja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari 
ini untuk membantu siasatan berhubung 
laporan Polis yang dibuat terhadap saya.

Lebih 6 laporan Polis dibuat terhadap saya 
berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh 
portal Malaysiakini & Malaysia Gazette 
berkaitan himpunan 16 September ini.

Pihak PDRM menegaskan akan menyiasat 
saya dibawah akta hasutan kerana dikatakan 
menghasut orang-orang Melayu untuk turun 
beramai-ramai pada 16 September ini.


Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa 
saya bukan penganjur ataupun jawatankuasa 
dan saya tidak tahu siapa dan apa yang ingin 
direncanakan pada himpunan 16 September 
2015.

Apa yang saya tahu adalah maklumat himpunan 
ini disebarkan melalui aplikasi WhatsApp & 
Facebook.

Namun ingin saya maklumkan kepada semua 
bahawa saya bersama rakan-rakan akan turut 
serta pada himpunan 16 September ini bagi 
menunjukkan kesetiaan kita sebagai rakyat 
tetap dan masih terus utuh bersama kerajaan.

Saya percaya demokrasi perlu didokong 
dengan sepenuhnya. Jika BERSIH memilih 
untuk turun ke jalanan bagi menyuarakan 
ketidakpuasan hati mereka tetapi kita juga 
akan turun ke jalanan bagi menunjukkan 
rakyat masih sokong kerajaan.

Untuk perhatian penganjur Bersih 4.0, saya 
orang Melayu dan sebagai rakyat Malaysia 
telah beri kerjasama penuh kepada pihak 
PDRM. Mengapa anda masih belum berbuat 
demikian?

Ini tanah tumpahnya darahku !!

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO 
Wilayah Persekutuan
-segambutprincess.

No comments: