Sunday 6 September 2015

AUTA KELENTONG BUDAYA BENGONG!!!

1. Pada 2 Julai, The Wall Street Journal kata RM2.6bilion yang masuk akaun DS Najib Razak merupakan duit 1MDB. Kemudian dakwaan itu terbukti fitnah apabila SPRM mengesahkan pada 3 Ogos, duit itu bukan 1MDB punya, melainkan daripada penderna budiman daripada Timur Tengah.

2. Lihat bagaimana mudahnya menuduh, apabila kantoi, bukan minta maaf, malah buat tuduhan baru.

3. Agent WSJ di Malaysia antara lain Tun Dr Mahathir dan barisan pembangkang mendakwa pula, mana mungkin pak arab bagi duit sebanyak RM2.6bilion. Inilah masalah mereka ini, mudah sangat meremehkan kebolehan orang lain.

4. Isu RM2.6bilion ditokok tambah, kemudian dispin sedemkian rupa, bukan sahaja oleh Tun Dr Mahathir akan tetapi pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua dan ramai lagi, malah kini dibantu oleh pihak asing dalam Transparency International seperti Jose Ugaz daripada Peru serta Mazoor Hussien daripada Bangladesh. Dua individu asing ini, mahu mengajar Malaysia bagaimana memerangi rasuah, sedangkan negara mereka berleluasanya rasuah, malah sudah kronik.

5. RM2.6bilion, bukanpun duit negara, bukan duit cukai, bukan duit rakyat, bukan duit syarikat Malaysia, malah tiada kaitanpun dengan negara. Wang itu, merupakan sumbangan persahabatan antara DS Najib dan Pak Arab yang enggan disebut nama.

6. Najib berulang kali menyatakan, bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat, malah sumbangan yang diterima beliau bukanpun kegunaan peribadi, akan tetapi untuk jentera BN secara keseluruhan dan bantuan-bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

6. Duit RM2.6bilion bukan banyak sangat pun, jika dibahagi sama rata dengan ahli Umno sahaja, purata setiap seorang RM765, namun jika dibahagi rata dengan ahli Bn, ianya hanya RM277 setiap orang, namun jika dibahagi sama rata dengan pengundi tahun 2013, ianya hanya RM195 setiap seorang.

7.Namun wang RM2.6bilion bukannya diberikan kepada pengundi, akan tetapi digunakan dalam gerakan sebelum pilihanraya. Wang itu masuk sebelum pun Parlimen dibubarkan, Ertinya penggunaan wang itu tidak melanggar undang-undang pilihanraya, kerana digunakan sebelum pilihanraya.

8. Di Sabah dan Sarawak sahaja, untuk keperluan rakyat di luar bandar seperti pemberian Tangki air, atap zink bagi rakyat dalam kategori miskin, pembaikan rumah-rumah rakyat yang usang, RM2.6bilion belum mencukupi, malah ramai lagi rakyat di kampong-kampong masih merungut. Nampaknya mereka yang belum kebahagian itu, terpaksa menunggu lebih lama, kerana penderma budiman akan kecut, kerana takut dituduh sebagai pengubah wang haram.

9. Salahkah DS Najib membantu orang miskin dan susah? Mengapa dipersoalkan sangat, derma daripada penderma budiman? jawapannya, kerana cemburu dan irihati.

10. Kini, kedudukan wang RM2.6bilion sudah jelas, walaupun demikian, DS Najib Razak mengarahkan agar ianya disiasat, agar supaya benar-benar disahkan oleh berbagai pihak yang berwajib, bahawa wang itu bukan wang 1MDB.

11. Belum pernah berlaku di negara ini, seorang Perdana Menteri yang didakwa, namun meminta pihak berkuasa menyiasatnya, hanya DS Najib seorang, sebabnya, beliau "nothing to hide". Beliau berani kerana benar.

3 comments:

Anonymous said...

Andai kata duit derma 2.6 Billion itu untuk kegunaan bantu rakyat, mana bakinya? siapa yang mengauditnya.. Kita pun akan siasat mana anak kita yang bersekolah rendah jika tiba2 dalam poket baju dia ada wang RM2.60 yang datang entah dari mana. Semua ini supaya dapat membina akhlak dan personality terpuji agar sentiasa bertanggung jawab kepada diri sendiri dan mengamalkan hidup beramanah lagi berintegriti. Wang ini masuk akaun peribadi dan bermaksud jadi hak peribadi si pemilik akaun. JIka duit ini dikatakan guna bantu rakyat, maka peruntukan kerajaan yang sedia ada untuk pembangunan masyarakat dan kemudahan utility rakyat mana pula perginyaa... ????? Janganlah terus membodohkan orang ramai dengan seribu macam dakwaan yang bohong belaka...

Rakyat anti korupsi.

Anonymous said...

hujah yang dangkal atau kaki kelentong...

ustaz roslankama said...

duit dana tu untuk kegunaan UMNO lah bodoh! untuk kegunaan rakyat guna duit kerajaan,tak pasal2 pulak nak guna duit umno.dia yang cari derma ikut dia lah nak simpan kat mana.yang penting umno dapat jalankan aktiviti parti guna duit umno bukan duit kerajaan.serupalah DAP dan PR dapat dana sampai 6 bilion,tu lah pas parti yang susah untuk di pecahkan dapat dipecahkan oleh dap.rakyat tak bodoh,awak tu yang bodoh!najib tak curi duit kerajaan.yang dia buat tak salah dari segi undang2.duit derma bukan duit penggubahan wang haram.