4 Cara Kembalikan Kenikmatan Seks
Bertahun-tahun melayari kehidupan rumah tangga acara seks tentunya bukan seperti di awal perkahwinan yang penuh dengan keterujaan. Tindakan yang sama oleh pasangan setiap kali hubungan intim dilakukan pasti menimbulkan kebosanan.
Buangkan rutin seks yang membosankan dan lakukan empat perkara berikut agar dapat mengembalikan gejolak seksual yang pernah membara satu ketika dulu.
Seks Kilat
"Quicky sex" atau seks kilat memang disukai oleh lelaki, sebab bagi seorang lelaki, untuk membangkitkan ghairah seks, ia tidak seharusnya memerlukan waktu yang lama seperti kaum wanita.
Namun, seks kilat ini boleh saja dilakukan oleh kaum wanita, setidak-tidaknya untuk memberikan variasi hubungan seks.
Selain itu, seks kilat juga memerlukan pemanasan seperti cumbuan dan rangsangan pada bahagian yang sensitif. Bezanya cuma waktu pemanasan adalah cukup singkat. Seks kilat tidak bermaksud datang, buka dan lakukan.
Permainan Seks
Banyak permainan seks yang boleh dipraktikkan bersama pasangan untuk menyemarakkan aktiviti seks. Antaranya permainan berganti urutan atau kejutan penampilan. Namun jangan pula sampai menggunakan alat bantu seks.
Menulis Surat Cinta
Menulis surat cinta berunsur seks boleh digunakan oleh pasangan, baik ketika berjauhan mahupun berdekatan. Anda boleh membangkitkan hasrat seks pasangan dengan dengan cara meluahkan keinginan seks atau fantasi seks yang diingini.
Anda boleh juga menuliskan ucapan cinta hingga kata-kata nakal kepada pasangan. Apa yang diungkapkan di dalam surat, selalunya akan membuat pasangan berasa sangat tergoda dan terangsang.
Ubah Rutin Seks
Kehambaran selalunya akan bertukar hangat bila anda berpuasa seks untuk seketika. Jika sebelum ini anda melakukan seks tiga kali seminggu cuba ubah rutin tersebut kepada sekali seminggu atau sekali dua minggu.
Dijamin hasrat untuk bersama dengan pasangan akan membara dalam tempoh berpuasa.
No comments:
Post a Comment