Monday, 14 September 2015

Skirt Pendek Terlampau Undang Kontroversi!!!


SKIRT pendek dan seluar pendek berkemungkinan 
besar akan diharamkan pemakaiannya di Alabama,
Amerika Syarikat pada masa akan datang.

Ini kerana ahli parlimen Dadeville City, Stephanie 
Kelly menyatakan fesyen sebegitu adalah tidak 
wajar dan terlampau mencolok mata selain 
mahukan peraturan itu diaplikasi ke atas kedua-
dua jantina, lelaki dan wanita.

Pendapat Stephanie turut disokong rakan 
sejawatannya, Frank Goodman yang mengatakan 
ia satu peraturan baharu yang diharap dapat 
mengubah pendapat orang ramai mengenai cara 
pemakaian yang terlalu provokasi dan seksi.

“Pemakaian terlalu singkat adalah satu hal yang 
sangat tidak bagus.

“Saya merasakan ia memberikan satu gambaran 
yang tidak tepat mengenai pemakaian ‘cool’ di 
kalangan anak muda masa kini,” katanya. 
– MYNEWSHUB.CC

No comments: