Wednesday, 30 September 2015

TIADA SESIAPA PUN YANG KEBAL DARIPADA UNDANG-UNDANG!!!




Sampai berbulu telur .......


Kiri kanan atas bawah siang malam pagi petang subuh senja Tun M dan macai-macai PR hentam pasal 1MDB. Tapi satu bukti pun tidak ada yang dikemukakan.


Sampaikan si bangkrap pun sanggup nak minta tolong dengan FBI. Kemukakan la bukti walaupun satu. Bukan hanya tuduhan semata-mata.


Yang menuduh tu tentu ada yang tak puas hati dengan DS Najib. Ada permintaan mereka yang DS Najib tidak penuhi. Oleh itu pelbagai tuduhan tanpa bukti dilemparkan dengan harapan DS Najib akan berundur apabila menerima tekanan. 


Mereka sanggup menggunakan pelbagai cara kotor seperti memberikan maklumat palsu kepada pihak luar yang memang sangat memusuhi Malaysia.


Tun M dan konco-konconya sila kemukakan bukti berkenaan tuduhan terhadap 1MDB. Jika tidak tentu sanjungan terhadapmu sebagai Negarawan akan bertukar menjadi Nerakawan ......


Tun M ada agenda lain bukan kerana 1MDB sangat... Kerana Taukey-taukey. Naga tak boleh nak buat duit pasal tu dia melalak..


Dia kini aku kira pengkhianat bangsa kerana dia bukan saja mahu menjatuhkan najib tapi meruntuhkan parti yang selama ini mendaulatkan tiang seri bangsa Melayu..


Dia boleh menunjukkan diri di himpunan Bersih tapi apabila himpunan solidariti Melayu  diatidak menampakkan muka. Kini pula menuduh umno menjadi dalang tapi pengurusi Bersih mendapatkan biayaan berjuta ringgit dan membayar pada peserta dia menyepi.


Nampak sangat perangai hipokritnya!!!

Dia saban hari tidak ambil kisah dengan undang-undang yang ada.Negara dipaksa mengharungi kacau bilau. Ada dia kisah dengan tambahan masalah setiap hari dengan agenda dia yang meracuni pemikiran rakyat ???


Aku hairan kenapakah pihak berkuasa tidak ambil tindakan.Kalau orang kerdil yang melakukan direman beberapa hari walhal Mahathir lakukan lebih dahsyat dari orang yang direman. 


Sekali lagi adakah PDRM takut menangkapnya? Dia kini sudah jadi rakyat biasa malahan boleh dikata kan dia makin berani mengapi-apikan pemikiran rakyat jelata.


Kini Keadilan dipersoalkan. Apakah dia kebal terhadap undang-undang yang sedia ada?


Negara sedang menghadapi kemelut yang aku kira akan membawa keruntuhan.


Kenyataan dia selalu sangat ikut sedap 
mulut tanpa fakta yang tepat!


1 comment:

Anonymous said...

KALAU DAH MADEY TAK CAYA KEPADA SESIAPA YG JADI PM SELEPASNYA MENGAPA BELIAU LETAK JAWATAN DULU...NI DAH SEPERTI ORG DAH HILANG AKAL PULAK...BANYAK2LAH BERAMAL