KUALA LUMPUR – ‎Polis DiRaja Malaysia 
(PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri 
Khairuddin Abu Hassan menggunakan 
saluran perundangan asing untuk mengena
kan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia 
berhubung isu 1Malaysia Development 
Berhad (1MDB) sebagai mensabotaj negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar 

berkata, tindakan bekas Naib Ketua Umno 
Bahagian Batu Kawan itu jelas merupakan 
langkah yang bertujuan‎ mencabar sistem 
perundangan Malaysia.

"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguat

kuasa tempatan dan mengundang campur 
tangan asing dalam sistem demokrasi negara 
ini.

"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk 

sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan 
ekonomi dan kedaulatan negara ini.

"Polis akan menjalankan siasatan terperinci 

berhubung dakwaan maklumat yang disalur
kan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi 
asing berkenaan, adalah palsu," katanya 
dalam satu kenyataan.

Khalid membuat kenyataan itu sebagai 

menjawab dakwaan Ahli Parlimen Pokok 
Sena, Datuk Mahfuz Omar kononnya PDRM 
dipergunakan oleh Perdana Menteri, Datuk 
Seri Najib Tun Razak untuk mengelak 
pembongkaran kes 1MDB.

Semalam, Mahfuz mendakwa penangkapan 

Khairuddin di bawah Seksyen 124C Kanun 
Keseksaan adalah cubaan untuk menutup 
mulut dan menggesa polis menjelaskan 
situasi penangkapan Khairuddin kepada 
rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 
Penahanan Khairuddin elak maklumat 
dibongkar

Ujar Khalid, Khairuddin telah membuat 
laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Khairuddin seharusnya memberikan ruang 

dan peluang kepada agensi penguatkuasa 
untuk menjalankan siasatan, namun beliau 
tetap memilih untuk menggunakan saluran 
perundangan asing khususnya Britain, Hong 
Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan 
tujuan mengenakan tekanan antarabangsa 
terhadap Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid 

berkata, Mahfuz sepatutnya sedia maklum 
bahawa siasatan 1MDB itu turut dijalankan 
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
(SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam 
Negara.

"Beliau (Mahfuz) juga maklum bahawa proses 

siasatan belum selesai dan semua agensi 
yang terlibat masih memikul amanah dan 
tanggungjawab,” katanya.
- AHMAD ISMADI ISMAIL