Friday, 11 September 2015

NAZAR ABDUL MUTHALIB!!!





Abdul Muthalib pernah bernazar kalau beliau 
dapat 10 orang anak lelaki, anak yang ke-10 akan 
dikorbankan dengan disembelih seperti mana Nabi 
Ibrahim. Anak kesepuluh adalah Abdullah, bapa 
kepada Muhammad. 

Abdullah adalah pemuda kesayangan Bani hashim. 
Seluruh kaum Bani Hashim tak bersetuju Abdullah 
dikorbankan, bahkan juga tak bersetuju Abdul Muthalib 
mengorbankan mana-mana pun anaknya, takut kalau 
perbuatan beliau akan diikuti memandangkan Abdul 
Muthalib adalah pemimpin bagi mereka, pemimpin 
yang dihormati dan disegani oleh Bani Hashim mahu 
pun oleh kaum-kaum lain.

Anak-anak beliau yang lain juga menawarkan diri 
bagi menggantikan Abdullah memandangkan 
Abdullah adalah adik kesayangan mereka. Tetapi 
Abdullah juga berkeras tidak mahu digantikan oleh 
sesiapa.

Beliau tetap ingin meneruskan nazar tapi dinasihati 
supaya berjumpa seorang alim (bagi masyarakat 
tersebut) bagi mendapatkan penyelesaian berhubung 
ganti nazar sembelihan ini. 

Orang alim tersebut (maaf, aku tak ingat nama dia) 
Menasihatkan supaya dijalankan tilikan antara 
Abdullah dan unta, tapi tetap nama abdullah yang 
terpilih. Orang alim tersebut mencadangkan jika 
nama Abdullah terpilih lagi gantikan dengan 10 ekor 
unta, tilikan dijalankan hingga nama unta yang terpilih.

Setelah 10 kali tilikan dijalankan barulah nama unta 
yang naik, bermakna 10x10=100 ekor unta perlu 
disembelih bagi menggantikan Abdullah. 100 ekor 
unta bukan masalah bagi Abdul Muthalib kerana 
ternakan beliau juga melebihi jumlah yang diperlukan. 

Berita ini disambut dengan kegembiraan oleh seluruh 
masyarakat. Gembira kerana Abdullah tidak jadi di
sembelih dan gembira bagi fakir miskin kerana mereka 
akan mendapat jamuan unta besar-besaran.

Perkahwinan Abdullah dan Aminah dicemburui oleh 
pemuda pemudi Bani Hashim kerana kedua-dua 
mereka menjadi idaman pemuda dan pemudi dengan 
ketampanan dan budi pekerti Abdullah serta keayuan 
dan kesopanan Aminah.

No comments: