Saturday, 19 September 2015

RAFIDAH AZIZ MEMASUKI FASA NYANYUK!!!


Rafidah Aziz Buta Sejarah dan Buta Agama.



Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela 
Islam (Pembela) Mohamed Hafiz Mohamed 
Nordin menyifatkan kenyataan bekas Menteri 
Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
(MITI) Tan Sri Rafidah Aziz yang mengatakan 
bangsa Melayu tidak perlu memperkenalkan 
diri berikutan hidup di negara majmuk sebagai 
buta sejarah dan agama.

Rafidah sebelum ini juga dilaporkan mengata
kan Tanah Melayu kini sudah tiada, yang ada 
cuma Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengkritik 
perhimpunan baju merah yang diadakan 
pada 16 September lalu UNTUK memperingati 
kaum Cina di negara ini agar tidak melampaui 
batas.

Susulan itu, Hafiz menasihati Rafidah agar 
belajar semula sejarah kemerdekaan negara 
serta memahami tujuh wasiat Raja-raja 
Melayu.

Hafiz berkata, beliau tidak menyangka 
Rafidah yang merupakan bekas menteri 
mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai 
hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Jelasnya, sebagai bekas menteri dan 
bekas pemimpin parti Melayu, Rafidah 
tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan 
yang mempertikai hak orang Melayu di tanah 
airnya sendiri, sebaliknya menasihatkan 
bangsa lain dalam negeri ini agar menghormati 
bangsa asal dan bangsa yang lebih awal menjadi 
penghuni bumi Melayu ini.

Hafiz turut menyifatkan kenyataan Rafidah 
sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata 
dan mempersoalkan kaum yang dianuti 
oleh bekas menteri MITI itu.

"Rafidah patut belajar semula sejarah. Saya 
tidak sangka seorang bekas menteri, seorang 
bekas pemimpin parti Melayu Umno tidak 
faham tentang keistimewaan Melayu dan 
Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh 
kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan 
terutamanya artikel 153, 152 dan 89 yang 
bersabit dengan keMelayuan.

"Kenyataan beliau itu tidak berpijak di bumi 
yang nyata. Siapa Rafidah untuk menidakkan 
bangsa Melayu? 

"Jadi saya ingatkan kepada semua umat 
Melayu untuk tidak terpengaruh dengan 
fahaman songsang Rafidah," kata Hafiz.
-Utaranews.com-

No comments: