Wednesday 30 September 2015

RAJUKAN HATI SEORANG TUA! HARI-HARI TERAKHIR SEORANG NEGARAWAN!!!



Saya Dah Tua, Tidak Mampu Berfikir, Nyanyuk – Tun Mahathir




Kuala Lumpur – “Saya tua, saya tidak berapa sihat, tidak mampu berfikir, nyanyuk,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membalas penyertaan kemungkinan dia akan ditahan selepas ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta Sosma 2012).

Mengulas mengenai penangkapan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, beliau mengulangi bahaya undang-undang yang dibentuk bagi membantu menentang keganasan, berkata sesiapa yang didapati bersalah di bawah undang-undang itu boleh menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

“Saya mungkin ditahan di bawah undang-undang baru (Sosma) saya sendiri, dan mungkin terpaksa menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Malah, nyanyuk bukan alasan untuk memperkatakan perkara yang salah di bawah undang-undang ini.”

Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu menambah, dia belum lagi dipanggil untuk disoal siasat oleh polis yang menyiasatnya di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan pada perhimpunan Bersih 4, bulan lalu.

Beliau menegaskan, hakikatnya Sosma telah diluluskan oleh Parlimen bagi menggantikan yang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak lagi digunakan.

“Dengan ISA, anda boleh disemak semula selepas dua tahun dan kadang-kadang anda juga boleh dikeluarkan sebelum tempoh yang ditetapkan, terpulang, tetapi dengan Sosma, anda boleh dipenjarakan seumur hidup” kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Khairuddin ditahan di kediamannya di Mont Kiara dua minggu lalu, berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin, yang kemudian dibebaskan, ditahan semula di bawah Sosma selama 28 hari tanpa dibicarakan.

3 comments:

Anonymous said...

Hidup Najib
Hina Tun M
Nampak sangat admin ni BODOH.
Sepatutnya, jika kita
Sayang negara, kita perlu hormat pemimpin dan bekas pemimpin.

usin cerdik said...

kau yang bodoh! tak faham apa yang admin tulis.tegur pemimpin yang terlajak perbuatan tak salah supaya dia cepat bertaubat!kau pulak tegurlah najib supaya dia tidak terlajak!jangan marah ye kalau betul2 bodoh!

Anonymous said...

sumbatkan simamak ini sebelah nuar di sg butuh