Sunday, 6 September 2015

Mukhriz Nak Kena Pecat Tutup Mulut Mahathir

Sehari dua ini tak kedengaran suara Mahathir menghentam Najib. Mungkin ada kaitan dengan cerita-cerita konon anaknya Mukhriz akan dipecat daripada jawatan MB Kedah dan keahlian UMNO. Ini semua gara-gara sikapnya kelihatan mempersoalkan Najib berhubung isu 1MDB dan derma kilat RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

Entah siapa yang bawa cerita konon enam pemimpin UMNO bakal ditendang daripada parti kerana lantang menghentam Najib dari setiap sudut berhubung skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion tersebut. Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz antara nama-nama yang disebut bakal senasib Ketua Wanita Langkawi, Ainina  Saadudin yang dipecat daripada UMNO kerana saman Presiden parti.

Setakat ini Hishammuddin dan Rahman Dahlan menafikan dakwaan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 9 September ini akan membincang soal pemecatan pemimpin peringkat tertinggi parti. Tapi sekarang ini susah nak percaya cakap-cakap pemimpin UMNO.

Ini disebabkan terlalu banyak contoh cakap-cakap untuk menyedapkan hati yang keluar daripada mulut pucuk pimpinan baik no. 1 ataupun no. 2. Rakyat dah hilang kepercayaan terhadap Najib gara-gara wang derma RM2.6 bilion. Mula-mula nafi tapi akhirnya mengaku. Dah... rakyat kata apa yang Najib cakap tak boleh percaya. Auta, putar belit, pembohong. Itu suara-suara rakyatlah...

Zahid pula banyak sangat kenyataan penyedap cerita yang keluar daripada mulutnya. Pasal seorang tokoh politik UMNO yang katanya nak minta maaf kat Najib pasal komplot guling kerajaan, entah apa dah jadi. Senyap macam tu saja. Jadi bila mereka kata tak ada usul pemecatan Muhyiddin, Shafie, Mukhriz dan beberapa nama lagi, ramai yang meraguinya.

Berbalik pasal Mahathir, aku yakin dan percaya "perjuangan" bekas PM itu bukan sebab kepentingan anaknya. Aku yakin perjuangannya ikhlas untuk menyelamatkan parti dan negara. Aku kenal benar dengan beliau dan peluang acap kali bertemu dengan Mahathir sejak dia masih jadi PM sampai selepas dia pencen menambah keyakinan aku.

Sebab itu aku dah lama tak tengok  Buletin Utama kerana sedar TV3 (suku) itu sudah tidak relevan kerana digunakan oleh Putrajaya untuk menyerang Mahathir secara personal tanpa henti-henti. Bukan calang-calang serangan sebaliknya serangan membabi buta. Depa sanggup menggunakan orang pembangkang untuk memburuk-burukkan Mahathir.


Jadi bila orang kata Mahathir membisu sekarang ini sebab keluar cerita Mukhriz nak kena pecat aku tak percaya sebab aku tahu Mahathir bukan jenis cepat mengalah. Kalau tidak buat apa dia buang masa berkempen menurunkan Najib pada usia yang sudah melepasi senja.

Tunggulah. Esok lusa suara Mahathir kembali kedengaran... by 

1 comment:

Anonymous said...

Saya sarankan Umno Bn pecat Anak Bapak Mukhriz Menteri Besar Kedah yg bodoh lagi sombong.