Tuesday, 29 September 2015

DASAR DAP YANG MENCURIGAKAN!!!


DAP melenting apabila Jabatan Mufti Pahang 
mengeluarkan teks khutbah Aidil Adha yang 
menyentuh parti DAP sebagai parti yang terang
-terangan menentang Islam.

Bila perkara ini berlaku maka DAP mengetengahkan 
beberapa orang melayu dalam DAP untuk menafikan 
khutbah tersebut,satu respons yang tidak mengejutkan 
dan memang dijangka!!!

Katanya, DAP mungkin akan mengambil 
tindakan undang-undang terhadap Jabatan 
Mufti Pahang dek khutbah tersebut.
Persoalannya, beranikah DAP berbuat demikian
atau sekadar acah-acah sahaja untuk sekadar
mengertak?
JIka benar ada tindakan undang-undang, pihak
peguam yang mewakili Jabatan Mufti Pahang
mungkin perlu membangkitkan semula sejarah
silam DAP sebelum peristiwa berdarah 13 Mei
1969 hinggalah ke era ini untuk mempertahankan
teks khutbah mereka.
Apakah DAP sanggup menerima segala hujah
dan sejarah hitam parti itu dipanaskan semula
di depan rakyat hari ini yang majoritinya hanya
membaca sejarah DAP dalam buku sejarah
sahaja?
Apakah DAP sanggup menjadi topik utama
perbualan rakyat era media sosial?
Kita tunggu dan lihat tindakan DAP yang
seterusnya.
Tapi untuk lebih adil, DAP dan Melayu di dalam
parti itu boleh menjawab beberapa artikel yang
mengaitkan DAP dengan anti-Islam.



Di antaranya : Baca Sinihttp://anwaraidc.com/…
/10-bukti-dap-anti-islam-melayu-bumi…/
dan Baca Sinihttp://www.ismaweb.net/…/umat-
islam-tidak-perlu-gula-gula-…/

Yang menimbulkan persoalan besar ialah
apabila media pro-pembangkang melaporkan
kenyataan sekumpulan ahli Melayu DAP.


Di antaranya :
Menurut mereka, DAP sebagai parti politik
menjunjung perlembagaan sebagai asas
pembentukan negara ini serta mengiktiraf
dan menghormati Islam sebagai agama rasmi - seterusnya http://www.malaysiakini.com/news/
313476
Kepada sekumpulan ahli Melayu DAP ini,
apakah mereka telah melihat, membaca dan
benar-benar faham dengan dasar parti DAP?
Kepada mereka ini, diharapkan mereka baca
dan faham kenyataan di bawah.
Realitinya,dasar parti DAPhttp://dapmalaysia.
org/parti/matlamat/party-polisi/ terang-terangan 
telah menggariskan :

Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" 
dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan 
kesaksamaan etnik


dan

Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar
'merit dan keperluan'

Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub
di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai
oleh dasar parti DAP?
Dan bagaimana pula dengan dasar parti DAP
di bawah?

Pengembalian pilihanraya majlis tempatan

Untuk rekod, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah
Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang
dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN
Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan
dengan Perlembagaan dan undang-undang
diluluskan Parlimen.
Penganalisis politik juga telah mengatakan 
bahawa 'perjuangan' DAP untuk melaksanakan 
pilihan raya pihak berkuasa tempatan dilihat 
sebagai mencabar keputusan mahkamah, sekali 
gus menentang Perlembagaan negara. 


seterusnya

Malangnya, sehingga ke hari ini, point
'pengembalian pilihanraya majlis tempatan'
masih lagi termaktub di dalam dasar parti DAP
walau pun Mahkamah telah memutuskan ianya
bertentangan dengan Perlembagaan.
Kepada sekumpulan Melayu dalam DAP ini, kita
berharap agar mereka buka mata dan hati mereka.
Mereka patut persoalkan segala isu dasar-dasar
parti DAP yang mencurigakan ini dan bukan
hanya sekadar ahli 'kosong' yang hanya
digunakan bila diperlukan sahaja.
Jika mereka gagal memperbetulkannya, lebih
baik mereka keluar sahaja daripada parti DAP.
Itu yang terbaik.

No comments: