Saturday 5 September 2015

PENDEBAT TERBAIK ASIA SALAH TERJAH !!!


Kenyataan anak Timbalan Perdana Menteri 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 
hak bersuaranya mengkritik peserta 
perhimpunan BERSIH 4 "ditegur" seorang 
pendebat terbaik Asia.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed 

Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, pelajar jurusan 
undang-undang Universiti Islam Antarabangsa 
(UIA) mengambil kesempatan 'menyekolahkan' 
Nurulhidayah berkaitan hak bersuara.

Syed Saddiq berkata, beliau menghormati hak 

kebebasan untuk bersuara yang dinyatakan 
Nurulhidayah.Namun, beliau berpendapat hak 
itu sepatutnya diberi sama rata kepada semua 
tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"Saya lihat hanya sesetengah pihak sahaja yang 

boleh bersuara terutamanya hanya golongan 
atasan, elit di Malaysia diberi hak bersuara tetapi 
rakyat tidak diberi hak.

"Saya nak jelaskan, walaupun kita ada 

pandangan yang berlainan tetapi pada akhirnya 
kita memperjuangkan perkara yang sama iaitu 
kebebasan hak untuk bersuara," katanya 
dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, beliau yang juga pensyarah sambilan 

dalam subjek pengucapan awam dan debat di UIA 
berpandangan, semua pihak termasuk setiap parti 
politik juga perlu diberi hak sama rata untuk 
bersuara.

"Saya cakap ini bukan untuk berpolitik, tetapi 

kita perlu adil. Hanya sesetengah pihak boleh 
suarakan pendapat. Contohnya di UIA, hanya 
kerajaan saja boleh (masuk dan berucap) tetapi 
pembangkang tak boleh.

"Kita kena adil, berucap bukan perkara yang 

eksklusif tetapi perlu inklusif," katanya yang 
baru dilantik sebagai salah seorang Jawatan
kuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan 
Politik (JKNMPP) bagi mewakili pemimpin belia.

Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, 

itu mendapat anugerah pendebat terbaik Asia 
semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat 
Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu.

Malah, pasukan debatnya juga menempatkan 

universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 
440 pasukan semasa Kejohanan Debat 
Universiti Dunia (WUDC) ke-35.

Tulisan jadi viral


Nama Syed Saddiq menjadi viral selepas 

beliau menulis status di Facebooknya yang 
dilihat mengkritik kembali kenyataan anak 
perempuan naib presiden Umno itu.

Antara yang ditulis Syed Saddiq ialah:


"Saya menghormati hak anda (Nurulhidayah) 

untuk bebas bersuara. Saya harap anda akan 
hormati hak kami juga. 500,000 rakyat Malaysia 
yang menghadiri BERSIH juga mempunyai hak 
mereka untuk bersuara, tetapi perhimpunan 
aman itu diisytiharkan sebagai haram.

"(Seramai) 1.3 juta penjawat awam Malaysia 

juga mempunyai hak untuk bersuara, tetapi 
mereka diancam dengan tindakan tatatertib. 
Pekerja Malaysia di Sarawak Report dan The 
Edge juga mempunyai hak untuk bebas 
bersuara tetapi suara mereka ditindas dengan 
larangan yang dikenakan kerajaan.

"(Pemimpin pembangkang) Tony Pua dan 

Rafizi Ramli juga mempunyai hak untuk bebas 
bersuara tetapi mereka "ditampar" dengan 
larangan untuk ke luar negara sewenang-
wenangnya.

"Tun Mahathir (Mohamad), bekas perdana 

menteri kita yang terkenal juga berhak dengan 
kebebasan bersuara, tetapi beliau di panggil 
untuk disiasat kerana bercakap bagi pihak 
rakyat," kata Syed Saddiq.

Sehubungan itu, Syed Saddiq berkata, sebagai 

warganegara Malaysia beliau bertanggungjawab 
untuk melindungi dan mempertahankan hak 
rakyat untuk terus bebas melahirkan pandangan.

"Hak bebas bersuara adalah sesuatu yang suci 

yang merupakan jelmaan sesebuah masyarakat 
yang bebas dan demokrasi. Perbezaan pendapat 
saya dengan kenyataan anda tidak menghalang 
anda daripada mengakses "hak" anda.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya bertanggung

jawab untuk melindungi dan mempertahankan 
hak anda untuk bersuara. Ia hak anda, dan hak 
kami. Ia hak rakyat Malaysia selama-lamanya. 
Mari kita mempertahankannya bersama-sama," 
tulisnya lagi.

BERSIH 4 kerja bodoh, kata Nurulhidayah


Sebelum ini, Nurulhidayah dikecam oleh orang 

ramai di laman sosial berikutan kenyataannya 
yang menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 
sebagai 'kerja bodoh'.

Ekoran itu, melalui akaun Instagramnya, anak 

perempuan timbalan perdana menteri itu 
mempertahankan dirinya dengan berkata, 
beliau bukan wakil rakyat tetapi hanya 
seorang warganegara Malaysia yang 
mempunyai hak untuk bersuara.

“Saya bukan ahli Parlimen di kawasan anda 

ataupun wakil rakyat anda. Saya warganegara 
Malaysia yang juga ada hak bersuara.

“Saya tidak menyentuh perkauman atau 

bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan 
segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya 
untuk menyatakan kebenaran," tulis Nurul
Hidayah.



JELAS DI SINI PENDEBAT TERBAIK ASIA INI 

TIDAK MENYENTUH KEWAJARAN BERDEMON
STRASI DI JALANAN YANG DI PERTIKAIKAN 
OLEH NURULHIDAYAH.

SEPATUTNYA KEHEBATANNYA BERDEBAT 

ITU HARUS FOKUS KEPADA ISU YANG DI
SENTUH OLEH NURUL HIDAYAH BUKAN 
MENYENTUH KEPADA HAK KEBEBASAN 
BERSUARA YANG MANA SETIAP RAKYAT 
MALAYSIA MEMPUNYAI HAK.

MENYATAKAN KEBEBASAN HAK BERSUARA 

DIMALAYSIA DISEKAT ADALAH SUATU 
KENYATAAN BERSELINDUNG DI SEBALIK 
LALANG SEHELAI.KEBEBASAN BERSUARA 
DI MALAYSIA SUDAH ,MENCAPAI TAHAP 
YANG TERTINGGI!

JANGANLAH NAK MENAFIKAN.DI MALAYSIA 

RAKYAT BEBAS MEMAKI HAMUN PERDANA 
MENTERI,MENTERI DAN JUGA RAJA-RAJA 
MELAYU.BEBAS MENGHINA AGAMA ISLAM,
ORANG MELAYU DAN SESIAPA SAHAJA!

TONY PHUA PUJAAN PENDEBAT TERBAIK 

ASIA NI PUN SANGAT BEBAS BERSUARA.
RAFIZI SANGAT BEBAS BERSUARA SEHINGGA 
KE TAHAP MEMFITNAH ORANG.

BERSIH 4.0 PUN MEMPERLIHATKAN KEBEBASAN 

BERSUARA WALAUPUN MELANGGAR UNDANG 
PERHIMPUNAN SECARA AMAN.WALAUPUN 
PERMIT TIDAK DIKELUARKAN MEREKA TETAP
 BERHIMPUN SAMBIL BUAT PROVOKASI 
MELAMPAU TANPA MENGAMBIL KIRA 
PERASAAN ORANG LAIN.

SEPATUTNYA PENDEBAT TERBAIK ASIA INI 

MENGAMBIL KIRA KESAN BERSIH 4.0 KEPADA 
NEGARA.BEBAS TETAP BEBAS TAPI KESANNYA 
YANG PERLU DIKAJI.

90% BANGSA CINA TERLIBAT DALAM HIMPUNAN 

BERSIH INI MEMBERI KESAN YANG AMAT 
MENDALAM KEPADA PERPADUAN NASIONAL.
CINA MALAYSIA JOIN CINA SINGAPURA 
MENGHINA PEMIMPIN MELAYU,MEMIJAK 
GAMBAR PEMIMPIN MELAYU,MEMBAWA 
SEPANDUK MENGHINA PEMIMPIN MELAYU,
BAWA PENYAPU SIMBOL SAPU MELAYU DARI 
NEGARA INI BEGITU MENGHIRIS PERASAAN 
UMAT MELAYU KECUALI MELAYU CELUP AJE 
YANG TIDAK TERHIRIS PERASAANNYA TERMASUK
LAH PENDEBAT TERBAIK ASIA INI.

INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH NURULHIDAYAH.

SETAKAT MENJADI PENDEBAT TERBAIK ASIA 
BUKANLAH TIKET UNTUK MEMERLEKEHKAN 
ORANG LAIN.ORANG BAWA TOPIK LAIN DIA ULAS 
TOPIK LAIN.PENDEBAT TERBAIK HANYA PETAH 
BERCAKAP TAPI BELUM TENTU BIJAK DALAM 
SEGALA HAL.

PENJUAL UBAT PUN SANGAT PETAH 

BERBICARA MALAH KALAH BAPAK 
MENTERI DALAM HAL BERCAKAP 
LANCAR DAN PETAH!!!

2 comments:

Anonymous said...

btul itu jadi pendebat no.1 apalah sangat dgn jadi ketua kawat dapat dato' poyo btul hanya di negara panda

Anonymous said...

Memang ada orang yg diberi kebebasan bersuara iaitu orang gila. Orang yg waras dan berakhlak mulia tidak akan membebaskan lidahnya.