Sunday, 20 September 2015

SANGGUP CEMARKAN IMEJ SENDIRI DEMI MENJAGA KEPENTINGAN KRONI !!!


KENAPA PERDANA MENTERI DIKECAM

IPP (Independent Power Plan) yang dibeli balik oleh Kerajaan melalui Syarikat Milik Kerajaan iaitu 1MDB adalah untuk mengawal “Tariff” letrik dari naik.
Ini adalah kerana apabila permintaan berlebihan dari pengeluaran, maka TNB tidak dapat tampung dan terpaksa membeli balik “kuasa” daripada pemilik-pemilik IPP seperti Berjaya Corp, Genting Berhad, YTL dan juga yang lain-lain.
Ini dengan secara tidak lansungnya akan mengakibatkan kenaikkan harga tariff letrik …
Justeru itu, Kerajaan terpaksa mengawalnya dengan membeli balik IPP tersebut dari individu-individu terbabit walaupun harganya agak mahal sedikit.
Kita tahu “khidmat” siapa digunakan oleh individu-individu tersebut bagi menunjukkan protes mereka kepada kerajaan oleh kerana tidak puas hati keatas pembelian balik IPP tersebut.
“Khidmat orang tertentu” telah digunakan bagi memburuk-buruk dan menjatuhkan imej Dato Seri Najib dan Kerajaan secara umumnya.
TANAH TRX
Tanah TRX, iaitu dari TUDM Sungai Besi (Lapangan Terbang lama) hinggalah ke Jalan Tun Razak Bangunan RHB.
Sebuah Syarikat “Konglomerat” telah cuba berkali-kali untuk membeli tanah-tanah tersebut dengan menggunakan “khidmat orang tertentu” ini sejak dari zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi telah “ditolak mentah-mentah” oleh Pak Lah dengan alasan itu sahaja lah tanah milik orang Melayu yang ada di Kuala Lumpur ini selain dari Tanah Kampung Baru.
Dengan "Plan Peniagaan Strategik” untuk menaikkan tanah TRX, IMDB telah menjualkan sebahagian dari tanah tersebut kepada Tabung Haji yang juga Syarikat Milek Kerajaan dan juga Bumiputera daripada dijual kepada syarikat bukan Bumiputera.
“Khidmat orang tertentu” juga digunakan bagi memburuk-buruk dan menjatuhkan imej Dato Seri Najib dan Kerajaan secara umumnya.
PETRONAS
Syarikat Minyak Negara yang pernah meminjamkan RM6 billion kepada Putrajaya Holding Berhad bagi membangunkan Putrajaya (Semasa pentadbiran Tun M).
KUPASAN
"Putrajaya Holding Berhad" - Syarikat yang ditubuhkan untuk merealisasikan "Visi Negara” semasa dibawah tadbir Tun M pada masa itu.
1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (1MDB) - Syarikat yang ditubuhkan untuk merealisasikan "Visi Negara” dibawah tadbir Dato Seri Najib sekarang.
Umumnya, rakyat perlu tahu, semua syarikat-syarikat milik Kerajaan dan juga projek Kerajaan mestilah mendapat “kebenaran dan kelulusan” dari Menteri Kewangan terlebih dahulu didalam apa-apa cadangan mahu pun projek yang hendak dilaksanakan iaitu Dato Seri Najib Tun Razak yang juga selaku Perdana Menteri.
Menteri Kewangan akan dipertanggung-jawabkan diatas segala apa tindakan yang diambil.
Disinilah Menteri Kewangan yang juga iaitu Dato Seri Najib Tun Razak telah mengambil tindakan dengan tidak menjual tanah TRX tersebut kepada bukan Bumiputera.
Begitu juga dengan pembelian IPP oleh 1MDB yang tidak di sukai oleh orang-orang tertentu yang ada kepentingan bagi tujuan mengawal kenaikkan tariff letrik.
Dan yang terakhir ….. “Petronas” iaitu syarikat milik Kerajaan yang paling berdaya saing juga terpaksa mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan didalam apa juga cadangan dan juga projek yang hendak dijalankan.
Justeru itu … Dato Seri Najib telah dikecam oleh "pihak-pihak tertentu" oleh kerana “agenda-agenda” mereka tidak kesampaian …… Wallahualam …..

3 comments:

Anonymous said...

Tagline cash is king bukan untuk Najib tetapi untuk Tun sendiri dengan kroni2nya dan menunjukkan betapa tamaknya mereka ini sebenarnya.

Unknown said...

Perumpaan bodoh, 1MDB dengan Putrajaya Holdings. Putrajaya Holdings membayar balik wang dipinjam berserta dividennya. Akaunnya diaudit teratur, bisnes modelnya mengahasilkan keuntungan dan pasif income. 1MDB banyak putar belit, business modelnya toxic debt, nak bayar bunga pun tak mampu. Bunga dah jadi pokok. Duit hilang. Itulah perbezaan kebijaksanaan Tun M dan Pahlawan Bugis layar dikembang sauh dilabuh. 3 jota ahli ameno kena kencing oleh pencacai bijan. Kekekeke

Unknown said...
This comment has been removed by the author.