Monday, 28 September 2015

Kenapa Azwan Sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak???




Apabila saya kaji balik, apa saya dapat kalau sokong pembangkang? Berzaman saya tak nampak apa faedah sokong mereka. -Azwan Ali-

Kenapa Azwan sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?
Apa masalah rakyat jelata yang menghina Najib. Dia belum lagi liwat orang, belum lagi kencing di Dataran Merdeka, belum lagi terpekik di tengah jalan macam orang gila. Setakat dia dapat RM2.6 bilion. Kenapa benci sangat?

Hakikatnya Najib pun tahu, orang anti Datin Seri Rosmah (isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor). Bertahun-tahun cerita itu. Tapi lihat Datin Seri Rosmah...kau katalah dia apa pun. Tetap 'steady'.

Sifat Datin Seri Rosmah yang kuat ini saya sangat 'respect'. Saya nampak beliau mengatasi Najib dari segi penghinaan itu. Letak diri anda dalam keadaannya. Seingat saya, Rosmah dihina sejak hari pertama Najib berkuasa. Sekarang dah bertahun Najib jadi perdana menteri, baru nak dikecam. Kalau isterinya boleh 'survive', Najib pun mampu.
Sebelum ini, politik negara bergolak dan saya hampir-hampir hilang kepercayaan terhadap Umno. Sebab saya manusia...hanya rakyat biasa tapi saya memerhati dan saya sukakan politik.
Apabila saya kaji balik, apa saya dapat kalau sokong pembangkang? Berzaman saya tak nampak apa faedah sokong mereka. Maaf cakap. Walaupun orang kaitkan saya dengan Menteri Besar Selangor. Konon dia itu abang Azwan Ali.

Pernah keluar cerita tentang saya bercita-cita menjadi perdana menteri dan artikel itu dikeluarkan semula baru-baru ini hingga jadi viral. Ramai yang ketawakan saya kan? Tapi itu bukan artikel palsu.
Itu kenyataan saya kepada Media Hiburan (majalah hiburan keluaran Kumpulan Media Karangkraf) bertahun-tahun dulu. Sebab saya memang berangan nak jadi perdana menteri. 
Kalau kerusi itu diberikan kepada saya,,hari ini juga,
kalau Najib sanggup berundurlah...
Memang saya nak cepat-cepat 
naik.Pertama saya hapuskan (GST) dan minyak percuma 
selama sebulan.
Tadi Azwan ada sebut sokong Najib, kenapa tidak sokong abang selaku Menteri Besar Selangor. Azwan dan Mohamed Azmin ada apa-apa konflik kah?
Tidak ada konflik. Bagi saya, saya mempertahankan menyokong ke arah dia dan konco-konconya adalah perjuangan yang sia-sia. Alhamdulillah saya dapat kesedaran itu. Sokongan kepada Najib itu adalah sokongan kepada kerajaan yang terjamin.

Sekalipun Najib akan mengalami dugaannya, siapa pun naik jadi perdana menteri selepas ini dan saya yakin daripada BN, di situlah saya menyokong.
Maksudnya, sokongan itu bukan sekadar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi juga BN?
Ya. Sokongan itu kepada parti mana yang lebih menjamin. Saya berpegang kepada kata-kata ustaz bahawa kita harus hormat pemimpin.
Selagi Datuk Seri Najib kekal berkuasa, belum lagi ditangkap atau dipenjarakan...digugurkan dari jawatan perdana menteri atas kesalahan apa jua, saya akan terus menyokong dia. Sebab yang bercakap ini semua menyalak sahaja...tiada bukti pun.
Kenyataan seperti ini mungkin disalah anggap dengan dakwaan dibayar dan sebagainya. Boleh buktikan daripada akaun bank atau 'job' Azwan...ada ke dalam beberapa bulan ini Azwan puji Najib tiba-tiba dilantik Setiausaha Kanan RTM atau ambil kerusi besar di Media Prima? Habuk pun tak ada.

2 comments:

Anonymous said...

sapa lagi yang mau kan azwan nie ????????
kalau UMNO nok amik je lah... FREE>>>>>>

usin cerdik said...

bodoh sungguh!!! sekurang-kurangnya dia tak makan babi dengan lim guan eng!!!dalam budaya ilmu yang penting bukan SIAPA.yang penting adalah APA,KENAPA,BILA,BAGAIMANA,dan MANA.