Wednesday 8 October 2014

Tanda-Tanda Dicintai Rabbul Jalil!!!






1) Terjaga dari pesona dunia



Allah tidak akan membiarkan orang yang
dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia 

menguasainya.

Jika selama 24 jam dalam sehari,
seseorang banyak mengingati Allah,maka itu 
tandanya Allah mencintainya.


2) Taat beragama


Walaupun seseorang baru melangkah satu 

langkah menyambut ketaatan kepada Allah 
dengan menjalankan ajaran agama, maka yang 
demikian adalah petanda Allah mencintainya.

Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah 

memberi dunia kepada orang yang mencintai 
dunia dan juga kepada orang yang tidak 
mencintainya,tetapi Dia memberi agama 
hanya kepada orang yang Dia cintai.


Barangsiapa diberi agama oleh Allah,maka 
Dia telah mencintainya."Jadi,jika seseorang 
mula tergerak untuk mempelajari dan 
mengamalkan ajaran agama,maka itu 
petanda bahawa ia dicintai Allah.


3) Mendalami agama


Ini juga dapat diperoleh secara bertahap 

seperti ketaatan beragama.Pada mulanya 
ia mungkin tidak memahami Islam sedikit 
pun,kemudian sedikit demi sedikit mula 
mempelajari Al-Quran dan dasar-dasar agama,
lalu meningkat mempelajari agama secara 
mendalam,dan akhirnya dikenali sebagai 
ahli agama.


4) Sikap lemah lembut


Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut
sehingga menjadi hamba yang penyantun,

maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah.

Sebaliknya,orang yang tidak mampu 
mengawal dirinya,walaupun hanya kerana 
persoalan yang kecil sahaja,ini akan 
membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.


5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan


Allah akan mudahkan jalan-jalan kebaikan bagi 

orang-orang yang dicintaiNya.


6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan


Allah akan menutup kesempatan dan jalan

kepada kemaksiatan bagi orang-orang yang 
dicintaiNya.


7) Husnul khatimah


Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan 

ditutup dengan pengakhiran yang baik.Ada 
sebahagian orang yang semasa hidupnya 
nampak taat pada ajaran agama,akan tetapi
ketika meninggal dunia,amal perbuatannya 

adalah menentang Allah. 


Kerana itu,sepatutnya setiap orang perlu 
bimbang akan kematiannya saat sedang 
dalam kemaksiatan. Sebaliknya,amal-amal 
ketaatan hendaklah sentiasa dijaga
agar husnul khatimah menjadi penutup 

usia.


Salam santun dan kasih sayang buat 

saudara seislamku - ratu iza aznieyza

1 comment:

Anonymous said...

Allah swt Mengasihi org org yg bertaqwa ; 3:76, 9:4, 9:7.
Org bertaqwa semestinya seorg muslim dan mukmin, yg ciri tambahannya disebut dlm 3:134-135.
1.Pemurah dlm keadaan senang dan susah,
2.Penyabar tak mudah marah, menahan dan mengawal marahnya bila dia marah,
3.Pemaaf, berlapang dada, mudah memaafkan, tidak berdendam,
4.Suka berbuat baik,
5.Bila terlanjur melakukan kesalahan segera ingat kpd Allah swt, minta ampun dan bertaubat serta tidak mengulanginya.
Org bertaqwa juga disebut sbg wali Allah swt, 10:62-63, yg mana cirinya disebut dlm Al Hadis ttg wali Allah swt, taat melakukan yg wajib meninggalkan yg haram, istiqamah melakukan yg sunat sunah, dan bila dipandang atau dilihat mengingatkan kita kpd Allah swt.
Jika ada sifat demikian pd diri kita, Alhamdulillah, jika tidak usahakanlah !
Juga carilah org yg bersifat sedemikian, sgt baik dijadikan kawan dan sahabat, jika kita melakukan kesalahan, dgn berhemah dia akan memberikan teguran dan nasihat.