Friday 3 October 2014

HIDUP SENDIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERSUAMI-ISTERIKAN SI KAFIR HARBI DAN SI MUNAFIKIN TAK SEDAR DIRI!!!



DEWAN ULAMA PAS KAJI KEDUDUKAN 

TAHALUF SIYASI!!!




Jawatankuasa Penyelidikan Dewan Ulama Pas dijangka membentangkan hasil kajian mengenai kedudukan tahaluf siyasi antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam tempoh terdekat untuk dipertimbangkan oleh Masjlis Syura Ulama parti berkenaan.


Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kajian mengenai tahaluf siyasi itu dibuat bagi menentukan sama ada ia mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku dalam kerjasama politik ketiga-tiga parti berkenaan sejak-akhir-akhir ini.


Beliau berkata, Jawatankuasa Penyelidikan yang diketuai oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh itu dipercayai sedang memuktamadkan kajian tersebut untuk dibawa ke peringkat seterusnya.


"Hasil kajian terlebih dahulu dibawa ke Dewan Ulama Pas untuk dibincangkan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.


"Memandangkan kajian adalah berdasarkan hukum syarak, maka keputusan muktamad mengenai cadangan Dewan Ulama Pas itu hanya boleh ditentukan oleh Majlis Syura,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang dianggotai anak muda hari ini dilaporkan mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya parti itu gagal menangani krisis dalaman sehingga terus mencetuskan konflik sesama parti rakan lain.


Ditanya mengenai desakan NGO berkenaan, Mahfodz berkata, semua pihak boleh mengutarakan pandangan masing-masing kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.


RAKYAT NEWS 

2 comments:

Anonymous said...

Syiok sangat KD. Sampai ke saat ni..... tak berpecah pon!

Bersama jatuhkan bee end.

Anonymous said...


berpolitik kian lama jadi dominen dalam semua hal, sebaliknya hari ini HAMPas adalah gelaran paling dominen pada parti melayu celup islam yg dasar dan prinsip perjuanganya kian tersasar malah songsang. tiada perasaan ker muka-muka pemimpin dan pencacai pas???

kepada melayu islam yg tidak berpihak ke mana2 parti, lihat dengar dan campuri kabilah2 pas hidup mati cuma hendak jatuhkan umno, dengan munafik dan kafirun dap pkr pas jadi pondan malah jika kit siang suruh hadi buang jubah pon dia angguk pada pencacai pas itu kena patuhi kerana kit siang tokkong besar yg pas geruni.