Thursday, 16 October 2014
ANTARA REALITI DAN POPULIS!!! ANTARA FAKTA DAN RETORIK!!!
Najib vs Anwar
SEKADAR HIASAN
Sebelum 1990 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 – RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 – RM 1.85 (Kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM 1.90 (Kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
Data ini jelas menunjukkan lebih daripada 50 tahun negara kita hanya meningkat harga minyak sebanyak RM 1.21 iaitu daripada RM 0.89 kepada RM 2.10.
Keadaan ini hanya menandakan pada setiap tahun kerajaan hanya meningkatkan RM 0.0242 secara purata pada setiap tahun.
Ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri beliau telah menurun harga minyak sebanyak RM 0.90 pada tahun 2009 dan meningkat RM 0.30 sepanjang kepimpinan beliau.
Keadaan ini hanya menunjukkan Perdana Menteri kita selaku ketua Barisan Nasional telah menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.60 walaupun dengan peningkatan RM 0.20 .
Anwar Ibrahim pula ketika beliau menjadi Menteri Kewangan negara Malaysia tidak pernah mengurangkan harga minyak walaupun sekali.
Sebelum 2008, harga minyak Malaysia adalah pada harga RM 1.92 dan Anwar Ibrahim pada ketika itu sebelum pilihan raya ke 12 berjanji sekiranya Pakatan Rakyat menang maka mereka akan menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.50 pada RM 1.42.
Janji Anwar Ibrahim adalah tidak realistik kerana beliau menuduh negara Malaysia hampir muflis dengan wang yang negara kita berhutang.
Bukankah subsidi tambahan ratusan billion hanya demi minyak ini akan terus lagi menggugat kestabilan status kewangan negara Malaysia?
Pada masa yang sama, harga minyak di Brunei kini adalah pada harga RM 1.62 dan mana mungkin negara Malaysia sebuah negara ekonomi ke 60 dunia harga minyak mereka adalah jauh lebih murah daripada negara Brunei yang ke 6 di dunia mengikut kajian yang dilakukan oleh IMF?
Menteri Kewangan seperti beliaulah yang sangat pakar dalam ekonomi dan kewangan sehingga negara Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang tenat pada tahun 1998.
Keadaan ini masih belum lagi mengambil kira belanjawan pelbagai lagi janji–janji memukau Pakatan Rakyat untuk memberi pendidikan percuma, menghapuskan toll dan pelbagai lagi janji yang menggoda.
Kita perlu tahu harga minyak pada 12 tahun yang lepas hanyalah USD 12 setong minyak dan kini telah mencecah USD 115 setong. Adakah RM 1.42 masih lagi realistik untuk dilaksanakan dan apakah masa depan generasi hadapan dan negara Malaysia sekirannya sumber negara terus dibazirkan oleh Anwar Ibrahim melalui dasar populisnya yang manis dan memukau?
Golongan Susah dan Miskin Memerlukan Subsidi Minyak
Kita jangan lupa Anwar Ibrahim yang bercita–cita hendak menjadi Perdana Menteri pada hari ini pernah menjadi Menteri Pertanian.
Ketika beliau menjadi Menteri pada tahun awal 1980, subsidi untuk nelayan yang miskin selama 40 tahun oleh kerajaan Barisan Nasional telah ditamatkan oleh beliau.
Menurut Anwar Ibrahim pada ketika itu subsidi hanyalah satu bentuk formula ekonomi untuk membantu mereka yang kaya dan bukannya miskin. Hal ini disebabkan realitinya subsidi lebih menguntungkan golongan kaya berbanding dengan mereka yang miskin.
Sekirannya Anwar Ibrahim boleh menghapuskan subsidi kepada golongan nelayan yang miskin dan sengsara maka mengapa pula beliau pada hari ini hendak mempersoalkan Perdana Menteri Najib yang sebenarnya sudah pun menurunkan harga Minyak kita sebanyak RM 0.90 sen dan hanya meningkat sebanyak RM 0.30?
Perkiraaan ini masih menunjukkan sebenarnya Datuk Seri Najib telah menurunkan harga minyak sebanyak RM 0.60. Perjuangan Anwar Ibrahim tidak pernah konsisten dan akan mempolitikkan segala isu demi menggambarkan persepsi kelemahan kerajaan Barisan Nasional walaupun sering kali isu yang diperjuangkan olehnya tidak selari dengan prinsip dan perjuangannya.
Oleh itu, tindakah BRIM adalah satu tindakan subsidi secara tidak langsung terhadap rakyat Malaysia yang berpendatan kurang daripada RM 3000.
Subsidi sedemikian terus kepada golongan yang disasarkan. Terdapat juga suara bahawa BRIM akan memufliskan negara tetapi mengikut pakar ekonomi Pakatan Rakyat Rafizi Ramli bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah maka BRIM bukan sahaja akan diteruskan tetapi juga ditambah.
Bukankah perjuangan politik mereka saling bercanggah antara satu sama lain?
Golongan yang benar–benar susah langsung tidak akan memerlukan sebarang subsidi minyak kerana mereka langsung tidak akan mampu membeli sesebuah motorsikal dan apatah lagi sesebuh kereta.
Menurut Rafizi Ramli, harga kereta di Malaysia adalah antara termahal di dunia tetapi sekiranya benar dakwanan beliau mengapa pula hampir setiap rakyat Malaysia tidak kira yang miskin, sederhana ataupun kaya majoritinya mampu untuk memiliki sekurang–kurangya sebuah kereta?
Dalam isu kategori kereta yang berbeza menunjukkan subsisdi minyak hanya akan menguntungkan pengguna kereta yang memerlukaan penggunaan minyak yang tinggi.
Golongan rendah pula sebenarnya kewangan mereka tidak banyak terjejas apabila perbelanjaan mereka sudah ditampung dan diringankan melalui BRIM sebanyak RM 900 dan akan lagi ditingkatkan.
Sistem sedemikian adalah sistem pengagihan kekayaan negara yang adil. Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin.
Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya.
Rakyat Malaysia diingatkan untuk membuka minda mereka terhadap realiti dan kebenaran semasa dan tidak lagi terus dijajah dan dipukau dengan ilusi Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, DAP dan Red Bean Army dengan harapan palsu yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
NAJIB TIDAK TURUNKAN HARGA MINYAK. sebaliknya ron95 diperkenalkan..
Realitinya negara pengeluar minyak yg menjual minyak kepada rakyatnya adalah malaysia.jangan jadi bangang kutukan dewata.
Post a Comment