Monday, 21 April 2014

UNDI KAFIR LEBIH BERMAKNA DAN BERNILAI DARIPADA PAHALA IBADAT ISLAM!!!

Ziarah Kematian Teoh Beng Hock & Karpal Singh Lebih Besar Pahalanya Berbanding Ziarah Arwah Ustaz Azizan?


Aksi menundukkan kepala di hadapan mayat mendiang Karpal Singh seperti dalam foto di atas bukan kali pertama dilakukan oleh Anwar Ibrahim. 

Aksi ini pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PAS ketika kes Teoh Beng Hock.


Ironinya, Anwar Ibrahim tidak hadir menziarahi atau memberikan penghormatan terakhir jauh sekali bagi mengiringi jenazah arwah Ustaz Azizan yakni rakan kerjasama dalam pakatan yang juga saudara sesama Islam.



Selain Anwar Ibrahim, Wan Azizah juga kelihatan begitu sedih meratapi kematian Karpal Singh, ia digambarkan melalui foto yang disiarkan di Malaysiakini. 


Malangnya wajah wanita bertudung dan bersarung tangan ini tidak tidak kelihatan ketika ustaz Azizan terlantar di hospital sehingga dikebumikan, yang kelihatan waktu itu hanya wajah kesedihan Datin Sri Rosmah Mansur ketika mengiringi PM menziarahi saat-saat akhir arwah Ustaz Azizan di hospital.


Mungkin bagi Anwar Ibrahim dan PKR kematian si kafir lebih mulia daripada kematian saudara seagama Islam. Saya bukan ustaz, saya tidak layak komen bab hukum-hakam agama. 


Satu soal jawab di ambil dari Abu Aqif Studio mungkin berguna :


"Ustaz Idris sudah menerangkan haram diletakkan mayat di hadapan ketika jemaah sedang bersolat waktu. Orang yang sedang bersolat tiada niat langsung untuk tunduk hormat kepada jenazah. Namun ianya tetap diharamkan di dalam Islam. Apa tah lagi jika menunduk dengan sengaja dengan bertujuan untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Bagi umat Islam perkara ini diharamkan dan perlu dielakkan. Jika dilihat pada solat jenazah sekalipun, rukun solat jenazah, tidak ada satu pun rukunnya menunduk atau rukuk ataupun sujud. 

Namun ada di kalangan pemimpin Islam tidak peka akan isu ini dan sewenang-wenangnya melakaukan perkara yang diharamkan. Diharap selepas ini, dapat dikongsikan video dan kenyataan ini kepada seluruh umat Islam supaya perkara yang sama tidak berulang lagi."

Soalan:

Tidak janggal ke Anwar Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang sahabat Islamnya yang mati seperti arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib?

Jawab:

Sesama muslim kita mempunyai hak antara satu sama lain. Terdapat beberapa hadith yang membicarakan berkenaan hak sesama muslim. Ada yang menyatakan 5 hak Ada juga membicarakan 6 hak yang boleh dituntut dan wajib diberi oleh semua umat Islam yang terdapat di dalam hadith sahih di antaranya adalah apa yang disebutkan dalam sebuah hadits shahih bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ وَإِذَا عَطِسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam: Jika engkau bertemu dengannya maka ucapkan salam, dan jika dia mengundangmu maka datangilah, jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), jika dia sakit maka kunjungilah dan jika dia meninggal maka antarkanlah (ke kuburan) (Riwayat Muslim)

1. Bagi salam bila bertemu
2. Penuhi jemputan
3. Apabila diminta nasihat, berilah nasihat
4. Apabila bersin, doakanlah dia
5. Apabila sakit, ziarahilah dia
6. Apabila mati, iringilah jenazahnya

Al-fatihah buat arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib-yuseriyusuff.

3 comments:

Anonymous said...

Bila mati seorg ahli Syurga Allah swt malu utk menyiksa,
yg mensolatinya,
yg mengusungnya,
yg mengantarkannya.
HR ...correct me if I'm wrong, Dailami. (kitab kat rumah tak bawak).
Yg tak berkesempatan tu, tak terpilih la tu.
Bila mati seorg ahli N...ka pulak, tak pernah terbaca pulak, apa kelebihan gi ziarah mayatnya. Siap tunduk tunduk lg. Pd aku syirik dah tu. Lebai lebai yg ada sama kat situ, subahat sekali. Ngucap la semula, tobat le. Jgn sampai mati tak sempat tobat.

Anonymous said...

Org ni hanya pandai berkata-kata dalam soal islam tapi tidak mengikut hukum hakam islam yang sebenar.hadir ke tak hadir sesorang itu mungkin ada sebabnya dan kalau org hadir pun lebih baik tidak menujuk-nunjuk.serupa juga bila kes anwar ibrahim ada awak nampak anwar meliwat saiful.mungkin saiful diliwat oleh kutukan dewata sebab saiful kan isan yang lemah.

Kutukandewata said...

komen yang tak bijak!anwar nampak ke najib bunuh altantuya?ni jaja dalam ceramah najib bunuh altantuya!nasib baik najib,kalau aku daah lama aku saman tuhan kau tu!

aku ni bukan macam kau yang memang sah gay kerana hanya gay yang beria-ia sokong gay!