Friday, 11 April 2014

TUN MUSA BENAR! TUN MAHATHIR BENAR! CUMA HAJI HADI YANG MENDIAMKAN DIRI!!!




TUN MUSA HITAM TERKEDU DENGAN KENYATAAN TUN MAHATHIR DALAM ISU MEMALI.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya, Tun Musa Hitam ada menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden berdarah di Memali pada 19 November 1985.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam satu makalah di blognya, chedet.cc.

Dr. Mahathir berlepas ke Beijing sehari selepas kejadian Memali untuk mengepalai rombongan swasta yang amat besar untuk meninjau peluang dagang dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

Beliau juga yakin Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan "sehingga saya lantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri" dan sepanjang berada di luar negara, tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir menulis makalah itu sebagai menjawab kenyataan Musa baru-baru ini bahawa bekas Perdana Menteri itu berada di tanahair semasa kejadian Memali dan beliau bukan memangku tugas Perdana Menteri.

Isu siapa yang ada dan tidak ada di dalam negara pada masa kejadian itu timbul semula selepas Musa dalam satu forum di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Mac lepas mendedahkan bahawa Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur "dua tiga hari" selepas insiden itu berlaku.

Dalam satu penjelasan lebih kurang seminggu selepas forum itu, Musa berkata beliau memohon Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China selepas kejadian tersebut atas tiga alasan: kejadian itu melibatkan orang Melayu beragama Islam, kejadian berlaku di Kedah, negeri Dr. Mahathir sendiri dan ketiga, dengan menangguhkan lawatan ke China, Dr Mahathir memperlihatkan sifat mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Menurut Dr. Mahathir, soal beliau kononnya tidak ada dalam negeri semasa kejadian itu berlaku bukan disebarkan oleh dirinya sendiri. Malah dalam bukunya pun, beliau tidak sebut perkara itu, katanya yang dilihat merujuk kepada memoirnya, A Doctor in the House yang juga diterjemahkan dengan judul Doktor Umum.

Jelas Dr. Mahathir, apa yang diketahui umum ialah Musa pada masa itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil.

"Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Mereka berdualah yang tidak menghalang serangan hingga melibatkan kehilangan nyawa tersebut. Dalam kata lain mereka MEMBENARKANNYA. Kenapa nak kaitkan dengan orang lain plak.

Janganlah kita jadi manusia yg terlalu taksub kepada pemimpin sehingga kesilapan dan penipuan depan mata pun tak nampak. Dah ngaku plak tu.

Tuan.......Setahu kita, haji Hadi TAK PERNAH membenarkan/mengarah/terlibat/bersubahat dalam tindakan membunuh makhluk bernama manusia.

Kutukandewata said...

amanat haji hadi menyebabkan ramai yang jadi pentaksub! sepatutnya pemimpin pas menasihati ustaz ibrahim supaya meenyeerah diri hanya untuk tujuan membantu penyiasatan!

ini tidak,membiarkan saja untuk keuntungan politik pas!

Anonymous said...

Bang....Fkir panjang sikit. Kalau betul amanat tu bagi ramai jadi taksub. Dah huru2 hara dah Malaysia ni. Tiada amanat pun...

Cuma apa yang dikatakanya perlu difahami dengan betul dengan ilmu yang betul kerana dia bukanlah penceramah bertaraf professor kangkung.

Yang taksub tu cuma yg ikut membabi buta campur dengan perasan terlebih alim. Yang tu semua dah terbalik ke barisan.

Setiap insan ada prinsip. Ustaz Ibrahim dan pengikutnya pun begitu. Kita pun tak tahu hati mereka. Mungkin pada mereka tidak menyerah adalah suci kerana bagi mereka tiada kesalahan dilakukan. Orang menceroboh mesti ditentang. Apa salah aku. Mungkin itu pada mereka.

Lagipun yang datang tu dengan kereta perisai tuuuu. Ni bukan nak selesai cara baik. Ni dah macam gi nak bunuh.

Contoh senang. Seorang penceroboh masuk rumah atau tanah seseorang bawa pisau. Ada manusia akan menyerah saja. Ada yang boleh berbincang plak ngan penceroboh macam kat Lahad Datu. Tapi ada yang terus lawan kerana baginya ini rumah aku. Aku ada anak bini mungkin penceroboh akan bunuh mereka saja.

Atau biar aku lawan dulu. Aku ada kekuatan. Biar MATI dari hidup dan mungkin lihat sendiri anak isteri dirogol atau ditangkap. Macam2 kemungkinan.

Adakah kematian begitu kau nak salahkan orang yang mempertahankan haknya???

Bang saat kritikal, macam2 boleh jadi. Namun pemimpin bertanggungjawab sepenuhnya keatas rakyat. Itu pasti.

Buang perasaan amarah. Mari berfikir....


Kutukandewata said...

itu memang betul.tapi kita kena tahu perangai orang yang taksub! bermula dengan pak turut,kemudian berubah menjadi taksub.macam juga kat guyana dulu,semua mati minum racun kerana taksub kepada pemimpinnya!

pak turut@taksub ni memang penyakit bahaya! sebab itu allah letakkan golongan ini antara yang dijamin neraka oleh allah!ini bukan main2 punya pegangan ni!bahaya!