Sunday 6 April 2014

APAKAH KERAJAAN UMNO ZALIM SETARAF KEZALIMAN HAJJAJ AS TSAQAFI GABENOR IRAQ????


Antara Hajjaj,Ibn Umar Dan Kita!!!



Perkara yang Menjadikan Mereka 

Zalim.



Al-Hajjaj berjaya meluaskan empayar Dinasti 
Umayyah sejauh ke India dan sempadan China.


Apa yang menyebabkan kita menganggap pemimpin Negara kita sebagai pemimpin zalim?

 Dengan  kalimat “zalim” itulah kita melepaskan kepatuhan kepada mereka, kita membenci mereka, mencaci-maki mereka, menghinakan mereka dan mendoakan laknat atas mereka.


Apakah kerana mereka bersikap keji dan menjalankan pemerintahan tirani? Sehingga rakyat ketakutan dan tidak boleh bersuara. Natijahnya adalah berdiam dalam bilik gelap dengan jejari besi. 


Dihukum mahkamah tanpa bukti. Disumbat dalam penjara tanpa diadili.

Atau kerana mereka menjadikan korupsi dan nepotisme sebagai amalan hidup. Sehinggakan rakyat yang berhak mendapat kekayaan dihalang. Mereka dan sahabat handai mereka semakin kaya sementelah golongan marhain makin melarat dan merempat.


Mungkin alasan untuk kita menfatwakan mereka zalim adalah kerana tidak melaksanakan Hudud. Kerana bagi kita yang membaca Al Qur’an dan beriman dengan kesempurnaan Islam, telah yakin sehingga dalam pangkal kalbu kita bahawa “Tiada hukum melainkan Hukum Allah”.


Justeru, kegagalan mereka dalam menerapkan Hukum Hudud adalah sebuah hujjah yang qat’i; bahawasanya mereka telah melawan Ilahi dan menyanggahi sunnah nabi. Hampir-hampir menjadi kafir bagi sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Tuhan.


Fatamorgana Melahirkan Fatwa 

Serampangan.


Tanggapan kita terhadap kezaliman dan bahawa mereka telah menjadi kafir serta bolehnya kita melepaskan kepatuhan kepada mereka; berupa sebuah ilusi yang tidak memiliki hujjah dari sisi agama.


Umpama fatamorgana yang terjadi di gurun Sahara. Panahan mentari yang membakar kulit, keringat yang senantiasa bercucuran, serta semakin tipisnya harapan menemui lembah; menyebabkaan mata tertipu dengan menganggap wujud sebuah wadi/kolam air yang terbentang di hujung pandangan.


Begitu juga ketika keadaan dunia semakin menekan Umat Muhammad, ketika manusia semakin gelisah untuk hidup dalam bi’ah solehah, dan ketika cacamarba dan harubiru menjadi acara kehidupan; para agamawan semakin jauh dari manhaj nubuwah tergelincir dalam memahami nas agama.


Mungkin kita terlepas pandang cerita tentang Gabenor Iraq yang zalim pada pemerintahan Dinasti Umayyah – Hajjaj As Tsaqafi. 


Umar Abdul Aziz berkata tentang Hajjaj: “Andai setiap umat dan bangsa datang dengan segala kejahatan mereka; dan kita Bani ‘Umayyah datang dengan Al Hajjaj seorang, demi Allah takkan ada yang boleh mengalahkan kita”.


Inilah bukti betapa besar kerosakan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh Hajjaj atas umat Islam sehingga tidak ada satu kaum dari umat ini yang boleh mengatasi dia.




Kejahatan Hajjaj Yang 

Tidak Mampu

Diatasi.


Hajjaj telah membunuh ribuan jiwa, memenjara ratusan ulama’ dan menghinakan para sahabat. 


Ketika dia memasuki Makkah setelah mengepungnya selama 6 bulan, dia berkata: “Aku seolah-olah melihat kepala mereka (rakyat Makkah) berguguran ke bumi dari leher mereka”.


Hajjaj telah membunuh tokoh umat ini seperti An Nu’man ibn Basyir, ‘Abdullah ibn Shafwan, Imarah Ibn Hazm dan Sa’id ibn Jubair. Ibnu Zubair yang menjadi Khalifah Negara Hijaz juga dibunuh dan disalib. 


Kemudian Hajjaj mengkuburkan beliau di perkuburan Yahudi. Hajjaj juga menyebarkan fitnah ke tengah umat Islam dengan mengatakan Ibnu Zubair adalah lelaki keji dan hina.



Jabal Qubais daripada kejauhan. Di sinilah Al-Hajjaj membina Manjanik untuk menghancurkan pasukan Abdullah bin Zubair.


Setelah beliau menemui Asma’ Binti Abu Bakr, ibunya Ibnu Zubair seraya Asma’ membacakan sebuah hadith kepada Hajjaj, Asma’ berkata: 


“Sesungguhnya Rasulullah saw berkata kepada kami bahawa di Tsaqif ada seorang pendusta dan seorang perosak. Pendusta itu (Mukhtar Bin Ubaid as Tsaqafi) telah kita ketahui sedangkan perusak itu adalah orang yang kau berikan ketaatan (Dinasti Umayyah di Bawah Khalifah Abdul Malik)” (H.R Muslim)


Hajjaj telah membunuh 120000 orang yang kebanyakan adalah ‘ulama dan orang-orang shalih. Ketika dia meninggal, masih ada sekitar 80000 jasad yang ditemukan di penjaranya. 


Sehingga Umar Abdul Aziz mengeluh dalam doanya kerana banyaknya algojo dalam Dinasti Umayyah: 


“Al Hajjaj di ‘Iraq, Al Walid ibn ‘Abdul Malik di Syam, Qurrah ibn Syirk di Mesir, ‘Utsman ibn Hayyan di Madinah, Khalid ibn ‘Abdullah Al Qashri di Makkah! Ya Allah, sepenuh bumi ini telah penuh dengan angkara murka.. Maka selamatkanlah umat ini!”


Cerita kekejaman Hajjaj boleh dibaca dalam kitab Al Isti’aab (Ibn ‘Abdil Barr), Al Kamil Fit Tarikh (Ibn Al Atsir), Al Bidayah (Ibn Katsir) dan At Tarikh Ibn Khaldun.


Namun para sahabat masih tetap solat bersama dia. Sampai-sampai Hassan Al Basri menasihatkan rakyat untuk tetap mendengar dan taat kepadanya. 


Malah sebuah perkataan yang cukup mashyur telah diucapkan olehnya: “Sesungguhnya Hajjaj adalah azab dari Allah Ta’ala, maka janganlah menghindari azab Allah dengan tangan kalian. Tetapi wajib bagi kalian untuk taubat dan kembali kepada Allah dengan merendah”.


Mengapa Sahabat Masih Mentaati 

Penguasa Zalim?


Lantas apa yang menyebabkan para sahabat dan tabi’in tetap tidak melepaskan bai’at kepada Dinasti Umayyah walaupun mereka dizalimi? 


Ibn Umar berkata: “Sesungguhnya aku mengikrarkan bahawa aku mendengar dan taat kepada Abdullah  iaitu Abdul Malik Amirul Mukminin di atas Sunnatullah dan Sunnah Rasul-Nya semampuku. Dan sesungguhnya anak-anakku juga telah mengikrarkan seperti itu” (H.R Bukhari)


Jelas Ibn Umar tetap memberi bai’at kepada Khalifah Abdul Malik Bin Marwan walaupun mengetahui bahawa Hajjaj at Tsaqafi  melakukan kezaliman. Begitu juga dengan Ibn Abbas yang tetap tidak memisahkan diri dari Hajjaj.


Abu Hamzah merupakan seorang tabi’in berkata: “Ketika sampainya berita kepadaku tentang pembakaran Ka’abah (oleh tentera Hajjaj) aku menuju ke Makkah. 


Aku berkali-kali menemui Ibn Abbas sehingga beliau mengenaliku dan menyanyangiku. Kemudian aku mencaci-maki Hajjaj di depan Ibn Abbas maka beliau berkata: ‘Jangan engkau menjadi pengikut syaitan’”.(H.R Bukhari)


Oleh kerana para sahabat masih tetap tidak mahu memberontak, dan terus menerus bersama-sama penguasa, disamping menasihati mereka secara sembunyi-sembunyi; maka apakah yang menyebabkan mereka bersikap sebegitu? Apakah kerana harta dunia? Kerana sayangkan nyawa? Atau sahabat adalah sekumpulan manusia yang tumpul pemikirannya?


Mungkin juga kita beranggapan bahawa Hudud masih tertera sebagai salah satu perundangan Negara yang membuatkan kezaliman Hajjaj tidak diperkirakan oleh sahabat. Walaupun hukum tersebut tidak dilaksanakan tetapi cukuplah kalau ia termaktub dalam undang-undang Negara.


Kalau begitu, tanggapan ini sangatlah lucu kerana pembekuan Hudud memberi makna bahawa keadaan zaman itu adalah sama dengan keadaan hari ini – Hudud tidak dilaksanakan oleh pemerintah.



Hujjah Sahabat Untuk Taat Kepada 

Penguasa.


Sebenarnya sahabat telah diperingatkan oleh Rasulullah saw untuk tetap bersama-sama pemerintah zalim dan tetap bersabar dengan mereka. 


Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, kami tidak bertanya tentang ketaatan kepada penguasa yang bertaqwa tetapi penguasa yang berbuat begini dan begini – dia (Abi Bin Hatim) menyebutkan kejahatan-kejahatan. 


Maka Rasulullah saw bersabda: 


"Bertaqwalah kepada Allah, dengar dan taatlah kamu kepadanya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Ashim, hasan li ghairihi)


Lantas kita harus berfikir sejenak; biarkan iman dan nas yang berbicara. Bukan nafsu dan kebodohan yang menentukannya. 


Walaupun Rejim Abdul Malik telah membunuh para sahabat, mereka menyerang Makkah dan membakar Ka’abah, mereka melanggar perintah Rasulullah saw dan kemudian membekukan Hudud kerana takut hukuman itu dikenakan atas diri mereka, namun sahabat yang masih hidup tetap bersama-sama dengan mereka.


Sedangkan kita yang tidak dijamin dengan syurga, tidak pernah melihat Rasulullah saw, tidak mendalam ilmunya: kita berani untuk menentang penguasa Muslim dan mengingkari perintah Baginda saw. 


Kemudian kita namakan sikap itu sebagai “Siasah Islamiyah”. Kita wajibkan kepada umat untuk bergabung dengan kita. Sebagai ganjaraannya kita berikan “syurga” dan kepada penguasa diberikan “neraka”.


Sekiranya kita melihat keadaan sekarang, ternyata pemerintah kita adalah pemerintah telah berusaha untuk memakmurkan Negara dan meninggikan agama yang telah ditelantarkan oleh penjajah selama 400 tahun silam. 


Ketidakmampuan mereka melaksanakan Hudud adalah kerana masyarakat kita masih jauh dari pemahaman Islam yang sebenar. Sementara kelemahan mereka untuk mengamalkan cara hidup Islami secara total, harus kita doakan dan bimbing mereka dengan ikhlas.

1 comment:

Muslim said...

Cantik ulasan tuan.
Dosa dan sekian bnyk ciri kefasikan dan kemunafikan mmg bnyk terpalit kpd sekian bnyk umat Islam hari ini. Benar munafik atau tidak, hanya Allah swt yg tahu. Ilmuan ilmuan kita mengulas panjang lebar bab munafik ni, dibuat pula beberapa pembahagian. Bila mengaji tu jgnlah pula kita melihat kpd org lain dan menghukum sana sini, tp muhasabahlah diri sendiri, agar dijauhi segala sifat sedemikian, kerana amat berat azabnya simunafik ini.
Para Sahabat r.anhum. tidak menentang pemerintah yg dianngap zalim ketika itu, bg saya adalah disebabkan pendirian mrk ttg tafsiran bg perkataan "Al Jama'ah" dlm Hadis ttg Jama'ah, kerana sgt berat ancaman Rasullullah saw terhdp mrk yg melepaskan diri dr Al Jama'ah itu. Walau ditafsir pelbagai oleh ilmuan ilmuan kita, saya secara peribadi berpendirian Al Jama'ah itu bermakna jumhur umat Islam dlm satu satu negara berdaulat yg dipimpin oleh Ulil Amrinya yg dilantik atau dipilih dr kalangan umat Islam berkenaan. Walau Ulil Amri itu fasik atau zalim selagi tidak terkeluar dr Islam atau murtad berdasarkan pegangan ASWJ, mk wajiblah ditaati walau kita tidak menyukainya, selagi tidak menyuruh kita memaksiati Allah swt dan RasulNya saw. Tidak boleh juga kita menggugurkannya dgn kaedah yg tidak disepakati oleh jumhur umat Islam tadi.
Hendaklah kita ingat, selepas Rasullullah saw, golongan yg paling faham agama adalah para Sahabat Baginda r.anhum yg mendpt didikan langsung dr Baginda Rasullullah saw.
WaAllahu'alam !