NIK AZIZ TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUFLIS ?
SETELAH MENDAKWA ORANG PAS BANYAK PAHALA DAN
MENGHALALKAN ZINA PEMIMPIN PAS???
NIK AZIZ SOKONG DAN MEGHALALKAN PENZINAAN SAIFUL BAHRI, ADUN SELISING DALAM KERETAPI. DITANGKAP BERSELUAR DALAM DAN PEREMPUAN SUNDALNYA HANYA BERKEMBAN DENGAN TUALA MERAH SAHAJA...
Rakyat perlu jelas bahawasanya Adun PAS Selising Saiful Bahri Benar Benar telah di tangkap Khalwat dalam Koch Kereta Api bersama pasangannya Wanita Isteri seorang Guru yang di kenali dengan nama Mek Pah.
Ustaz Saidi bersumpah menjungjung Al Quran, Adun PAS Selising Saiful Bahri Berani?
Dr Asri Sindir Nik Aziz Dengan Pahala Orang Yang Menuduh 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'
Ketepatan
masa didalam berkongsi Hadis 'berkait' oleh Mantan Mufti Perlis Datuk
Dr Asri Zainal Abidin ketika mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat sedang menggila dengan fatwa "Orang Umno solat tak dapat
pahala" dilihat satu sindiran 'muflis' yang cukup tajam kepada Nik Aziz.
Sebelum ini Nik Aziz dalam satu kenyataan
menyebut "Umno tolak Islam, Umno kena reti kerja buat dia tak dapat
pahala, dia (orang Umno) solat tak dapat pahala".
Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah Nik Aziz
mempunyai atau memiliki pahala yang cukup banyak sehingga mampu
menentukan soal dosa pahala orang lain.
Bagaimanapun, ibarat menarik rambut didalam
tepung, rambut tak putus tepung tak berterabur, Dr Asri memainkan
peranannya sebagai seorang pendakwah dengan berkongsi sepotong hadis
yang berkait dengan 'Orang solat tak dapat pahala" selain dimasukkan
kedalam neraka, mereka itu disebut sebagai golongan yang muflis, iaitu
golongan orang yang memaki seseorang,
menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan
memukul seseorang.
Nabi s.a.w bersabda: “Tahukah kamu siapakah
orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami
ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.
Sabda baginda: “Orang
yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat
nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang,
menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan
memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.
Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya,
maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan
dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Jelas didalam Hadis berkenaan yang tak pernah
disampaikan oleh Nik Aziz itu langsung tidak menyebut 'orang Umno',
bahkan golongan tersebut adalah sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz sendiri
'JIKA' memaki hamun orang lain atau menuduh orang lain seperti tuduhan
Nik Aziz terhadap orang Umno iaitu 'orang Umno solat tak dapat pahala'.
Jadi Nik Aziz kena reti, kerja menentukan dosa
pahala orang lain ni bukan kerja Nik Aziz, dan pahala itu juga Allah
Taala tidak khususkan kepada orang-orang Pas sahaja, Al-Quran itu
diturunkan untuk sekalian umat diseluruh dunia. Jangan nak sempitkan
pemikiran rakyat didalam guni derma Pas semata-mata.
Nik Aziz juga jangan berasa yakin dia akan
masuk syurga lalu membuatkan dia angkuh, dari mana Nik Aziz tahu dia akan
masuk syurga secara mutlak sehingga berani menafikan syurga orang lain,
dengan serban dan jubah serta amalnya itu belum cukup untuk memasukkan
dia kedalam syurga tanpa rahmat Allah Taala.
Bermuhasabahlah kita semua semoga akan beroleh
rahmat dari Allah Taala, dan yakinlah dengan hati bahawa mengundi Pas
atau menampal poster Pas tidak akan mendapat pahala, sebaliknya untuk
mendapatkan pahala ikhlas kerana Allah Taala utamakanlah amalan yang
jelas dinyatakan didalam Al-Quran dan juga Hadis.
Daripada membantu Pas menampal poster lebih
baik kita membantu fakir miskin yang lebih memerlukan kerana mereka
benar-benar daif, sebaliknya membantu Pas seperti membantu orang kaya
yang zalim untuk memecahbelahkan umat. Anda Mampu Mengubahnya.
3 comments:
Kalau yang bercakap tu orang dah nyanyuk berdosa jugak ke?
tidak berdosa,sebab di luar akal dan iman.tak kan lah nik aziz nyanyuk kot???
Dulu TDM dituduhnya dan digelarnya firaun,kerjasama dengan MCA&MIC pun UMNO salah.tetapi dengan kebesaran ALLAH SWT,apa yang yang mereka tuduh itu kembali balik timpa diri mereka.Tak kah kita Umat Islam di Malaysia ini perasan atau buka mata hati satu lagi pertunjuk ALLAH SWT yang menunjukan pemimpin mereka telah ambil taitel yang diludahkan kapada TDM dulu?.Firaun-boleh hukum dengan sesuka hati?.ALLAH SWT sangat dekat dengan kita daripada urat leher kita,ingatlah dan bertaubatlah maseh belum terlambat.
Post a Comment