Ini Yang Saya Tidak Suka Ni... Nik Aziz
Lain macam ni...
Tuan Guru Nik Aziz pernah melarang kaum muslimah PAS menjadi calon dalam
mana-mana PRU atau PRK. Keselamatan calon wanita katanya belum tentu
selamat jika berkempen ke sana ke mari.
Gambar di atas yang diambil pada beberapa hari lalu 20 April 2013,
mengesahkan kebenaran kata-kata Nik Aziz tersebut. Tidak pasti siapa
dalam gambar di atas. Ada yang kata Wan Jijah, ada yang kata Abby Abady,
ada yang kata Nurul Ijah. Malah ada yang kata itu Zuraidah. Pedulilah
siapa dia.
Yang pastinya tanggung-jawab pengawal peribadi amatlah berat untuk
mempastikan keselamatan tokoh yang mereka lindungi. Peristiwa begini
bukannya kali pertama berlaku, malah biasa terjadi di mana-mana
perhimpunan yang melibatkan ramai orang.
Memang nyata pelukan 'padat' si pengawal peribadi berjaya menyelamatkan
tokoh wanita tersebut daripada menerima rempuhan oleh penyokong. Jika
begitu caranya mengawal calon atau tokoh wanita tentulah ramai pengawal
peribadi yang sanggup menawarkan diri untuk tugas tersebut walaupun
tanpa bayaran.
Jika Abby Abadi atau Nurul Ijah memerlukan pengawal yang tegap-tegap
untuk menjaga keselamatan beliau semasa berkempen ini pastilah ramai
yang menawarkan diri kerana mereka akan memperolehi peluang untuk
memeluknya dengan padat atas alasan tidak mahu sesiapa merempuhnya.
Hahaha...
Untuk kali inilah dan untuk perkara sebeginilah, aku bersetuju
dengan Nik Aziz supaya calon wanita tidak menyertai mana-mana rapat
umum. Boleh jadi calon, namun tidak perlulah pengawal peribadi memeluk
padat sangat.
Sepatutnya pengawal peribadi berpegangan tangan untuk
mengawal calon wanita mereka sama seperti polis-polis Arab Saudi yang
membuat rantai tangan semasa mengiringi Perdana Menteri untuk bertawaf
di Masjidil Haram.
No comments:
Post a Comment