Peti Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi (Tabut)
Gambaran tabut oleh Yahudi
Dan
Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan
Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada
kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman
jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah
ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu
dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu
mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang
yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248
Apabila
bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu
padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah
memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut
sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga
mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka.
Peti tersebut mempunyai
barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang
soleh dari keturunan yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti
tersebut.
Telah
jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah
di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun.
Kita tahu sesungguhnya Allah telah
menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna
sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika
Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah
tersebut telah diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.
Terdapat
dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan
emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter
atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter.
Demikian juga tinggi nya.
Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera
mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi
kemenagan kepada mereka.
Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang
mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki
Tabut.
Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan
Tabut
pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang
terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi Daud akan
hadir bersama mereka.
Dan
ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman
meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak
berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya Roh Allah akan menjelma
pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut
dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman.
Terdapat
berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang
mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis
telah melarikan Tabut ke Mesir.
Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap
mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang
telah berusia paling sedikit 3200 tahun.
Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood
Kesannya
Setengah
daripada kaum yahudi berpendapat Tabut tersimpan dibawah masjid
Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang palestin memberi kerjasama
mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah
ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di Masjid Al-Aqsa.
Kaum
yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa
berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak
kepada kebenaran.
Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari
hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah.
Semua yang yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang
suci.
Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.
Peti
Tabut ini mungkin diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum
yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui
peti sebenar.
Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.
Pencarian
masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan
sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat
gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur
dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.
Di Bawah Masjid Al-Aqsa
Di Dalam Masjid Al-Aqsa
Di Sekitar Masjid Al-Aqsa
No comments:
Post a Comment