Jasad Rasullullah pun nasrani nak curi!!!
1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “
Kitab-kitab di atas menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah.
Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) ,
iaitu pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.
Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari
benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi
dimakamkan.
Mereka datang menyamar sebagai perantau dan tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. berada.
Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat terowong yang mengarah ke makam Rasulullah s.a.w.
Mereka datang menyamar sebagai perantau dan tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. berada.
Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat terowong yang mengarah ke makam Rasulullah s.a.w.
Pada suatu malam juga, seorang raja
bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah. Baginda
membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan
beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.
Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi
Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni
baginda dalam bahaya.
Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi
lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak kepada Nuruddin mengapa
tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w. dan pada
malam itu jugalah, Nuruddin terbayang 2 orang lelaki sedang menjalankan
perbuatan nekadnya itu.
Setelah itu, barulah Nuruddin yakin
penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya, beliau memanggil
Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah.
Setelah 20 hari di jalan, maka kedua-duanya sampai di destinasi
tersebut.
Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke
Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam
mimpinya, 2 orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang membuat
terowong.
Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w., Kedua-dua Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.
Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w., Kedua-dua Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.
Demikianlah dalamnya rasa permusuhan
dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya
mahu dibinasakan melalui perang 200 tahun, ajaran Islam juga mahu
dilenyapkan. Begitu juga dengan jasad Nabi yang telah di dalam kubur pun
mereka mahu merampas.
Kini tidak mungkin lagi ada cubaan untuk
mencuri dan membongkar kubur Nabi kerana pengawasan yang terlalu ketat.
Kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya melalui bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang bertujuannya tidak lain menasranikan umat Islam.
Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya ;
Kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya melalui bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang bertujuannya tidak lain menasranikan umat Islam.
Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya ;
” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)
Beberapa lagi percubaan lain mencuri jasad Rasulullah s.a.w.
PERTAMA, Semasa pemerintahan Amrullah
Al-Ubaidi. Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya.
Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah.
KEDUA, Semasa pemerintahan Al-Ubaidi.
Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk
yang tinggal berhampiran makam nabi dengan membuat terowong, dengan izin
Allah ada suara memberitahu perbuatan khianat tersebut maka Allah
mengoncangkan bumi Madinah.
KETIGA, Perancangan raja-raja Nasrani
dengan komplot Nasrani Maghribi. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin
Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan
memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam
Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina
penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
KEEMPAT, Sekumpulan Nasrani datang
bersama jemaah haji dengan niat mencuri jasad Rasullullah. Mereka tidak
berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang
bersama jemaah haji.
KELIMA, Pada kurun ke-9 Hijrah, 40
lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh
pemerintah Islam zaman tersebut. – Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment