Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina.
Gambar hiasan
Pada suatu senja yang
lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung.
Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya.
Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu
lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk.
Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."
Kepala Nabi Musa
terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya.
Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu
dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit
dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu
harus kemana lagi hendak mengadu.
Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari
dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?”
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril
dengan tegas.
“Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s.
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan
itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali.
Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak
wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Seakan-akan menganggap remeh
perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak
untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang
bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud
yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu
berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima
kedatangannya.
No comments:
Post a Comment