Monday, 22 April 2013

PUAS SUDAH MENANAM UBI,NANAS JUGA DI PANDANG ORANG,PUAS SUDAH KU TANAM BUDI,DIA JUGA DICALONKAN ORANG!!!!


KESIAN KAT OSTAZAH MEE SEGERA PAS NIII !!!



Kesian beb. Meroyan sakan Si 
Ostazah Mee Segera PAS niii. 
Dah la sebelum ni dia telah 
dimalukan oleh puak - puak PAS 
tu bila tak mencalonkan nama dia.

PAS hanya meletakkan 
kepercayaan kepada Aisyah 
untuk menjadi wakil mereka di 
Jempol. Tu pun dengar cerita kata 
PAS Jempol pun tak berapa suka 
sangat.

Mana la orang nak suka ye tak. 
Dah Si Aisyah tu bukan orang 
tempatan. Jadi, nampak sangat la 
PAS hina kepimpinan setempat 
bila ambik orang luar jadi calon.

Sekarang dah puak - puak PKR 
pulak yang bikin Si Ostazah Mee 
Segera PAS makin malu bila 
diorang mencalonkan Si Dayang 
Ku Intan sebagai calon di 
Pengerang.

Pun timbul isu yang sama. Orang 
di pengerang sendiri terasa diri 
mereka dihina bila nama Si Dayang 
tu diumumkan. Apa, dah tak ada 
calon tempatan ke yang layak nak 
jadi calon?

Ingat rakyat tempatan 
dikawasan Pengerang semua tu 
tak layak belaka nak jadi wakil 
untuk mereka sendiri? Kenapa nak 
kena import orang dari luar?

Sebelum ini, PKR yakin sangat 
mampu tawan Sabah. Kenapa 
diorang tak campak Si Dayang Ku 
Intan tu balik ke Negeri dia? Yang 
nak semak Negeri orang ni apa hal?

Dah tak pasal - pasal Si Ostazah 
Mee Segera PAS rasa diri dia 
terpinggir. Tak pasal - pasal je 
dia meroyan tak tentu arah. 
Sekarang siapa yang nak pujuk 
dia? 

Selama ni, dia beria-ia buat 
kerja dengan menyebarkan 
fatwa songsang kepada 
pencacai - pencacai lain semata  
mata nak memburuk burukkan 
Kerajaan. 

Akhirnya, sumbangan yang telah 
dia berikan selama menjadi 
"ahli Syurga", sedikit pun tidak 
dihargai. Mana la tak basah bantal 
dia dek kerana hujan mengalir dari 
air mata. Dah la dia tinggalkan 
suami dan pak we dia. Sekarang 
kena cicir pulak dengan PAS!!!Bukan 
di Pontian, tetapi penyanyi popular era 
80-an DayangkuIntan,disahkan 
menjadi calondiParlimen 
Pengerangpada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua 
Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekali
gus, penyanyi dengan nama sebenarnya 
Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid 
bakal bertemu dengan calon dari 
Barisan Nasional (BN) Datuk Seri 
Azalina Othman Said.
Menurutnya,Dayangku Intan yang
sudah mula menetap di Pengerang 
menerima surat watikah 
pencalonan daripada pucuk 
kepimpinan bagi kerusi Parlimen 
Pengerang di Kuala Lumpur 
semalam. 

Beliau berkata, pihaknya juga 
sudah melakukan kempen bersama-sama
Dayangku Intan bagi 
memperkenalkan calon Parlimen itu 
kepada penduduk di sekitar Sungai 
Rengit.

Dalam tempoh seminggu ini kita
sudah giat bergerak mengedarkan 
risalah, dalam masa sama kita 
berkempen sekali untuk 
memperkenalkan Dayangku Intan 
kepada penduduk sekitar sini. 

“Setakat ini penduduk sama ada 
Melayu ataupun Cina menerima 
baik kehadiran beliau, malah kita 
juga menerima respons yang 
positif daripada 
masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan 
lagi beliau kepada penduduk, kita juga 
telah menggunakan poster gambar 
beliau yang ditampal pada kenderaan 
bagi berkempen,” katanya kepada 
Sinar Harian. Difahamkan Dayangku 
Intan juga telah mula menetap di sebuah
chalet di Pengerang sejak 14 April
 lalu.

1 comment:

Anonymous said...

Aisyah tu orang Batu kikirlah. Batu Kikir dalam daerah Jempol! Bukan orang luar.