Sunday, 14 April 2013

DUA JASAD SATU HATI!!!

 

5 wanita Asia Popular yang sebenarnya Lahir sebagai Lelaki.

  5. Chen Lili – China
Chen Lili lmerupakan selebriti asal China yang lahir pada Februari 1980, dia menjalani pembedahan menukar jantina pada 2003 di Qingdao. Pada 11 Februari 2004, kad identiti Chen Lili sebagai perempuan dikeluarkan oleh Biro Keamanan Publik Nanchong. Chen Lili adalah wanita transeksual pertama yang bersaing di pemilihan Miss Universe, walaupun pada akhirnya ditolak selepas diterima ke pemilihan itu - alasan penolakan kerana dia bukan wanita tulen.
 



4. Alicia Liu – Taiwan
- Model ini mengaku menjalani pembedahan tukar jantina ketika berusia 18 tahun dan kos pembedahan itu di tanggung kekasihnya. Pada 2010, Alicia Liu menunjukkan pada umum kad identitinya yag kini ditukar kepada jantina perempuan.


   
 3. Harisu – Korea Selatan
-Selebriti transeksual pertama di Korea Selatan yang telah berkahwin dengan Mick
 y Jung, juga seorang selebriti.
 

   
 2. Sirapassorn Atthayakorn – Thailand Warga Thailand yang turut dikenali sebagai Sammy ini muncul sebagai pemenang Miss International Queen 2011.
 
1. Nong Poy – Thailand
Nong Poy Treechada atau nama lelakinya Reechada Petcharata dilahirkan dengan jantina lelaki melakukan pembedahan tukar jantina untuk menjadi perempuan pada usia 17 tahun. Dua tahun selepas itu, dia memenangi Miss Tiffany manakala pada 2004 dia memenangi Miss International Queen (lady-boy) dengan mengalahkan peserta pertandingan itu yang turut disertai oleh perempuan tulen. Apa yang mengagumkan adalah wajahnya yang tulen tanpa sebarang pembedahan plastik.

No comments: