APA DAH JADI : SEKOLAH PONDOK DIPANDANG SEPI AKIBAT PKR DAN DAP!!!
Jika dahulu ketika di awal penubuhan PAS kira-kira lebih 63 tahun yang
lalu, pondok-pondok agama di seluruh negara merupakan antara “jentera”
parti itu yang tegar. Pondok-pondok tersebut tegar menyokong parti yang
mendakwa mendokong dasar perjuangan Islam itu…
Ramai yang tertipu dengan PAS ketika itu. Tok-Tok Guru Pondok tidak
terkecuali untuk turut sama tertipu dengan parti yang memperdagangkan
nama “Islam” bagi mendapatkan kuasa politik yang bersifat duniawi.
Pelik juga ulama PAS ketika itu, bukan? Ulama selalunya mengejar
keredhaan Allah SWT dan sentiasa berusaha mengimarahkan Islam di bumi
yang mereka pijak. Lain pula halnya dengan ulama PAS ketika itu yang
mengejar kuasa politik…
Tapi itu semua dulu. Itu semua ketika di awal penubuhan PAS, selepas
Ustaz Fuad kalah bertanding merebut jawatan Presiden UMNO. Kecewa, malu
dan marahkan Tunku Abdul Rahman, maka beliau menubuhkan PAS…
Kini “pekung” di dada PAS semakin terserlah. Hanya kerana mengkritik dan
menegur PAS secara lantang di atas pentas UMNO, Pondok Geting yang
diasaskan Tuan Guru Abdullah Sa’amah telah disita oleh Majlis Daerah
Tumpat, Kelantan.
Siapa yang menguasai Majlis Daerah Tumpat kalau bukan Ahli-Ahli Majlis
yang dilantik Kerajaan PAS Kelantan? Ahli-Ahli Majlis tersebut adalah
lantikan politik, bukan? Dari parti mana lagi kalau bukan dari
parti-parti pakatan “syaitan”!
Dulu PAS tidak begitu terbongkar imej mereka yang bertopengkan Islam
itu. Namun sejak menjadi “teman sekatil” dengan DAP dan PKR, kejijikan
akhlak mazmumah mereka semakin terserlah!
Mungkin Nik Aziz dan rejim PAS yang menguasai Kelantan itu lupa bahawa
institusi pondok itulah yang sebelum ini bertakbir pada setiap program
ceramah mengutuk dan mencaci-cerca saudara seagamanya yang bernama UMNO.
Mungkin Nik Aziz juga tidak teringat bahawa Tok-Tok Guru Pondok itulah
yang setia menghadiri majlis-majlis ceramah mereka sambil tidak lupa
mengisi karung “sedekah” yang diedarkan ketika “auta” dan “pembohongan”
PAS disampaikan.
Mungkin juga Mursyidul Am itu sudah “nyanyuk” untuk mengingati asal-usul
penubuhan PAS yang mendapat sokongan penuh dari seluruh Tok-Tok Guru
Pondok yang ada kira-kira lebih setengah abad yang lalu…
Saya percaya, jika UMNO atau Majlis Daerah di negeri pimpinan BN yang
menyita pondok berkenaan, maka PAS akan mengecam UMNO dengan pelbagai
tuduhan seperti “Mahazalim”, “MahaFiraun” dan sebagainya.
Tapi kalau PAS sendiri yang menyita pondok agama, maka tindakan tersebut
“dihalalkan” meskipun parti itu berselindung di sebalik sistem
perundangan undang-undang tubuh negeri. Silap-silap, DYMM Sultan pun
akan diheret sekali dalam menghalalkan sesuatu yang merugikan
kepentingan Islam itu nanti.
Begitulah perubahan PAS yang terkini. Semakin hampir dengan PRU ke-13,
semakin terdesak pula PAS dalam usaha menutup “bau bangkai” yang
terpendam di dalam parti itu selama ini.
Tidak hairanlah jika begitu ramai para penyokong PAS yang mengisytihar
keluar parti, malas aktif lagi dan malu nak mengaku sebagai “ahli PAS”
di khalayak umum. Malah golongan atas pagar tidak segan-segan lagi
berpendapat bahawa “PAS lebih teruk dari DAP”…
Saya sebenarnya sedih melihat perjuangan dan maruah saudara-saudara saya
di dalam PAS yang berubah 360 darjah dari biasa. Namun apakan daya,
bila saya tegur, mereka kata saya “cemburu”. Kalau tak tegur, makin
teruk pula jadinya mereka…
Saya tertanya-tanya, sampai bilakah PAS akan sedar mereka disesatkan
oleh seorang “Mursyidul Am”? Sampai bilakah mereka akan terus tertipu
dengan perjuangan palsu PAS? Mereka bertakbir, namun jelas sekali mereka
tidak tahu pengertian takbir yang mereka laungkan, wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment