Monday 29 April 2013

KETAASUBAN MENGUNDANG KEGELINCIRAN AKIDAH!!!


PENGIKUT TAKSUB PAS MEMANG SUKA "SNAP" GAMBAR NIK AZIZ (MAKAN.SOLAT,TIDUR,DSB) ,KOLEKSI KE JAMBAN BILA LAGI ?



Kehadiran Nik Aziz ke Putrajaya baru-baru ini hanyalah satu gimik politik yang cuba memberi gambaran kepada penduduk di Lembah Kelang bahawa orang-orang Putrajaya yang kebanyakkannnya bekerja di agensi-agensi kerajaan menyokong PAS . 


Hakikatnya , majoriti yang hadir semasa perhimpunan itu ialah dari  penyokong-penyokong tegar PAS di sekitar Lembah Klang , malah mungkin ada yang datang dari negeri berjiranan kerana kita tahu penyokong-penyokong PAS cukup taksub dengan pemimpin mereka. 


Tak hairan lah bila video 'ehem-ehem' Mustafa Ali yang dipercayai disebarkan oleh sekutu PAS iaitu PKR masih tidak dapat menimbulkan keraguan pengikut-pengikut mereka. Begitu dahsyat sekali PAS dalam usaha mentarbiah atau dalam bahasa lebih hi-tech iaitu 'brainwash' pengikut-pengikut mereka .


"Ajaran siapa ni yang bahalul-bahalul ni boleh berdiri menghadap orang yang tengah sembahyang tu... sesat ke apa?"

"TAKSUB - NIK AZIZ MAKAN SNAP GAMBAR, NIK AZIZ HIRUP PINGGAN SNAP GAMBAR, NIK AZIZ TIDO SNAP GAMBAR, NIK AZIZ SEMBAHYANG SNAP GAMBAR , NIK AZIZ NAK PEGI JAMBAN BILA LAGI NAK SNAP GAMBAR? "




Aku berani mengatakan majoriti yang hadir semasa 'lawatan' Nik Aziz ke Putrajaya tempoh hari terdiri daripada orang luar berdasarkan maklumat yang diperoleh dari rakan yang sememangnya tinggal di Puterajaya. 


Mana tidaknya, melalui tinjauan semasa ceramah, kereta-kereta di kawasan-kawasan perumahan tetap penuh. Apa yang dimaklumkan kepada aku ialah penduduk-penduduk di Putrajaya berasa agak terganggu dengan kerenah orang-orang luar yang datang menyesakkan Putrajaya , malah cara mereka berkempen juga agak memualkan . 


Husam seolah-olah terpaksa menggunakan pengaruh Nik Aziz untuk menjadi 'magnet' supaya orang ramai datang ke Putrajaya bagi menyaksikan ceramah  pemimpin utama PAS itu yang dilihat cuba berkompromi dengan DAP dalam isu kalimah Allah.





Apabila ada dalam kalangan penyokong-penyokong PAS mendakwa berpuluh ribu orang datang semasa ceramah Nik Aziz di Putrajaya, mungkin mereka lupa kawasan itu hanya mampu memuatkan 5 ribu orang sahaja , mungkin kalau nak kata terlalu 'pack' pun cukup lah setakat 6 ribu orang . 


Tetapi bila dikatakan berpuluh ribu orang , adakah mereka cuba menipu orang ramai dengan angka ini ? Mulut tak putus berzikir, kepala atas kemas berserban ... tapi mulut menipu , tak guna juga . 


Lagipun memang dah dijangka akan wujud orang2 macam ni di akhir zaman nanti. Ohh ya , bagi mereka yang aktif singgah di page2 FB politik , tentu perasan 2 hari lepas gambar Nik Aziz yang dikerumuni orang ramai selepas selesai solat Jumaat . 


Seperti yang dinyatakan di atas, majoriti manusia yang berkerumun itu adalah orang luar dari Putrajaya 
Kenapa orang luar ? 


Sebab masjid Putrajaya pada hari Jumaat tu sesak agak luar biasa dek kerana kehadiran orang2 luar yang datang. Pelik tapi benar , ini lah sikap pengikut-pengikut taksub PAS yang lebih suka bersolat jumaat luar dari kariah mereka hanya semata-mata Nik Aziz bersolat di situ .

                                                                                                                                                                               Dari dulu hingga sekarang sikap taasub ni memang susah nak diubah, cuma kita bersyukur apabila ada pengikut-pengikut tegar PAS akhirnya dah membuka mata selepas berpuluh tahun bersama-sama dalam perjuangan parti itu contohnya Cikgu Non yang cukup kontroversi dengan pendedahan beliau pasal tabung Memali yang dilesapkan PAS . 


PAS memang pakar melesapkan tabung-tabung , terbaru mereka cuba menipu orang ramai kononnya derma untuk tabung perwira-perwira Lahad Datu . Hakikatnya ,  nombor akaun yang diberi masyukkk dalam tabung PAS... .

1 comment:

Anonymous said...

dah banyak kali aku tengok orang berkerumun mengelilingi nik aziz bila dia sembahyang.
sepatutnya nik aziz ajar orang pas supaya jangan buat macam tu.atau memang dia sengaja membiarkannya untuk memperlihatkan yang dia begitu agung dimata pengikutnya.
setahu akulah nabi muhammad semasa baginda sembahyang tak ada pulak sahabat2 dan umatnya yang mengelilingi baginda.
nampak sangat nik aziz ni dah sesat!