Selama
ini, Pas sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti
mereka. Kononnya, hanya ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam
dan hukum hakam.
Kata-kata
tok guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para Mufti mahupun
Majlis Fatwa. Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli Pas akan
secara automatik dianggap alim.
Yang
berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di
dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli
atau sekutu Pas.
Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan Pas untuk menjatuhkan UMNO. Memperjuangkan
hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya
tindakan individu tersebut mampu membantu politik Pas dan menjatuhkan
UMNO.
Ertinya,
sekiranya anda menjadi ahli Pas atau berbaik-baik dengan Pas atau
memusuhi UMNO, maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat
di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam
daripada UMNO.
Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan Pas juga adalah lebih Islam daripada UMNO. Berdasarkan
hakikat ini, maka kita merasa amat terkejut apabila dengan tidak
semena-mena, Dewan Ulama Pas enggan mengambil pusing akan isu terbaru
yang melibatkan agama, hukum Islam dan juga akidah umat Islam.
Malah, Dewan Ulama Pas menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini. Mungkin
kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul
Izzah, maka Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu,
tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu
kebebasan memilih agama bagi umat Islam.
Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak. Secara tidak langsung, Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.
Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas, lengkap dengan rakaman video dan transkrip. Kata beliau, “Bila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam agama…bagaimana saya boleh berkata, maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu, sedangkan ia bersifat sama rata.” Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau umat Islam juga berhak untuk menukar agama.
Benar, agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Namun,
bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa umat Islam berhak menukar
agama adalah satu kesalahan secara spiritual, syariat Islam dan
perlembagaan negara.
“Untukku agamaku dan untuk mu agamamu.”
Murtad
tidak boleh dimaafkan, dengan kata lain umat Islam tiada hak untuk
murtad. Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak, tetapi kerana
jahil atau sesat. Namun,
Izzah melihat ‘murtad’ sebagai hak asasi, sama seperti puak penyokong
IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme. Sedangkan,
Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.
Oleh itu, ‘hak asasi’ untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam. Memandangkan Izzah bukan ulama, maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.
Tetapi,
apabila Ulama Pas sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah
serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak
salah jika kita menyatakan bahawa Ulama Pas bersetuju dengan Nurul Izzah
iaitu umat Islam berhak menukar agama.
Dalam kata lain, Ulama Pas juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah dan bukan memahaminya secara rohaniah. Ini
juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama
Pas sendiri meletakkan dirinya lebih rendah daripada Nurul Izzah dalam
soal agama.
Justeru,
wajarkah jika penyokong Pas terus menyokong parti itu atas alasan
agama? Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama
juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama?
No comments:
Post a Comment