Subhanallah : Inilah Sebenarnya Rahsia Jantung Manusia
Subhanallah : Inilah Sebenarnya Rahsia Jantung Manusia
|Jantung,
organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah bag berdenyut yang
tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah
yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?
Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.
“(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak
ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan
Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali
tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30
denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan
darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti
berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.
SUBHANALLAH, INILAH RAHSIA JANTUNG MANUSIA
Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada
aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen
yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali /
minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan
berdenyut 60-80 kali / minit.
Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat
kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah
mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap
perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung.
Namun
seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu
dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia
mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang
bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.
Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali /
minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan.
Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban
yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja
kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung
orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20
liter / minit.
Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat,
sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi
(peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat.
Jantung mengeluarkan
8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang +
150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang
terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital
sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan
mengalami kerosakan.
Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia
adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.
Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan,
keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta,
keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain.
Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah
tentera bagi jantung.
Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana
keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di
dalam jantung, maka boleh tampak di mata.
Mata merupakan cermin dari
jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana
lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu
banyak didapati dalam Al-Qur’an tiga hal tersebut digabung jadi satu.
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta Pertanggungjawabannya.” [Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa
henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh
jantung.
Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai
kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak
dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun
memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam
selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa
denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen)
darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak
10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya.
Sekarang jika
diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70
kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit
dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini
sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.
Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel,
protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma
yang 95%-nya adalah air).
Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air
menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih
tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah
melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat
darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan
perlambatan.
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling
sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada
kita, Subhanallah …
Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung
membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh
dalam sehari. Subhanallah!
2 comments:
Dan ketahuilah... hadis ini berbicara tentang jantung (heart) bukan hati (liver)
"Sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasadnya. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Dan daging itu ialah hati".
(Al-Hadith)
tuan,
terima kasih kerana menyiarkan hadis untuk pengetahuan umum.sebarkanlah hadis walau satu ayat sehari.
terima kasih!!!
Post a Comment