.
SEMASA AKU KECIL-KECIL DAHULU AKU SELALU DUDUK DI PINGGIR SUNGAI PAHANG MENEMANI DATUK AKU MEMANCING.KAMI DUDUK DI BAWAH SEPOHON ARA YANG RENDANG.
MELIHAT AKU BORING DAN TERKEBIL-KEBIL MENGANTUK DATUK PUN MEMULAKAN SEBUAH CERITA.KATANYA CERITA INI CERITA DATUK DIA SEMASA DIA KECIL.MAKNANYA CERITA WARISAN LAH NI.
TAJUK CERITA DATUK IALAH POKOK ARA PUAKA.AKU JADI TAKUT DAN MENGHAMPIRI LALU MEMELUK DATUK.BUKAN POKOK ARA INI,POKOK ARA LAIN. POKOK ARA ZAMAN DULU.
AKU JADI LEGA DAN HILANG KETAKUTAN AKU.DATUK AKU MEMULAKAN CERITANYA.
PADA ZAMAN DAHULU DI SEBUAH KAMPUNG YANG BERNAMA KAMPUNG MACANG RAJA TERDAPAT SEPOHON POKOK ARA YANG SANGAT RENDANG.DI SITULAH TEMPAT ORANG MALAH TEMPAT BINATANG BERTEDUH.KERENDANGAN POHON ARA ITU MENGGAMIT SESIAPA SAHAJA BERTEDUH MALAH BERBARING SAMBIL MENIKMATI KEDINGINAN HEMBUSAN ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA.
DI TEBING BERHAMPIRAN POHON ARA ITULAH TEMPAT ORANG MENAMBAT PERAHU DAN RAKIT.TEBING ITULAH YANG MENJADI PANGKALAN TEMPAT ORANG SINGGAH.DIBAWAH POHON ARA ITULAH TEMPAT ORANG BERKUMPUL SAMBIL BEREHAT SEMENTARA MENUNGGU WAKTU PULANG KE TEMPAT MASING-MASING.DI SITU JUGALAH TEMPAT MEREKA BERBINCANG ISU-ISU SEMASA.
KEADAAN ITU BERKEKALAN SEPANJANG MASA.NAMUN LANGIT TIDAK SELALU CERAH.KEADAAN MULA BERUBAH.DARI RIANG MENJADI GUNDAH,DARI SENANG JADI SUSAH.DARI SUNYI MENJADI RIUH RENDAH.
MENGAPA JADI BEGITU DATUK???AKU MENCELAH TAK SABAR-SABAR NAK TAHU.
DATUK MENYAMBUNG CERITA:
POHON ARA YANG DAMAI ITU SUDAH MULA DIPENUHI KRONI-KRONI PUAKA.PELBAGAI JENIS PUAKA MULA BERTANDANG.BERTENGGEK DI DAHAN POHON ARA.
ANTARA KRONI PUAKA ITU IALAH HANTU RAYA KEPALA SEGALA PUAKA,HANTU TINGGI,HANTU HUTAN,HANTU KOPEK,LANGSUIR,PONTIANAK,POLONG PELESIT SEMUA ADA.
MEREKA TIDAK MENAMPAKKAN RUPA.CUMA MENGGANGGU DAN MENYAKAT ADANYA.SESIAPA YANG BERTEDUH DI BAWAH POHON ARA ITU DIGANGGUNYA SEMUA. ADA YANG DIGELETEK HANTU RAYA,ADA YANG DICUBIT HANTU TINGGI.YANG MENJADI MASALAHNYA RAMAI YANG DIKENCINGI LANGSUIR,PONTIANAK DAN HATU KOPEK.
RAMAILAH YANG MERACAU DAN MEREPEK-REPEK.MALAH ADA YANG PENGSAN TAK TAHAN BAU HANCING YANG AMAT SANGAT MENYENGAT LUBANG HIDUNG.HURU-HARA DAN RIUH RENDAHLAH RAKYAT JAJAHAN TAKLUK MACANG RAJA.
TOK RAJA MENJADI BENGONG,TOK PAWANG JADI TERLOPONG TAK TAHU NAK JAMPI APA SEBAB PUAKA-PUAKA INI SANGAT HEBAT KUASANYA.MAKA MENJADI DERITALAH SEMUA RAKYAT MACANG RAJA.
RAKYAT MENDESAK TOK RAJA MENYELESAIKAN MASALAH YANG MENIMPA.KALAU TIDAK BERPANJANGAN DERITA DAN SENGSARA.
TOK RAJA BERBINCANG DENGAN TOK PAWANG.BAGAIMANA CARA YANG HARUS DIPAKAI GUNA.BERBINCANG PUNYA BERBINCANG LAMA-LAMA KELETIHAN DAN KETIDURAN.
TOK RAJA DAN TOK PAWANG DENGAN TAKDIR ALLAH BERMIMPI DENGAN MIMPI YANG SERUPA.TERJAGA DARI TIDUR MEREKA BERDUA MEMULAKAN BUAL BICARA MENCERITAKAN MIMPI YANG SAMA DAN SERUPA.
TOK RAJA DAN TOK PAWANG MENGARAHKAN RAKYAT MENCARI SEBANYAK MUNGKIN SARANG ANAI-ANAI.MAKA BANYAKLAH SARANG ANAI-ANAI DIBAWA OLEH RAKYAT UNTUK DISERAHKAN KEPADA TOK RAJA.
PERLAHAN-LAHAN MEREKA MENANAM SARANG ANAI-ANAI DISEKELILING POHON ARA.TOK PAWANG MEMULAKAN JAMPI SERAPAH KE ATAS SARANG ANAI-ANAI SEBELUM MENANAMNYA.
DITAKDIRKAN ALLAH TENTERA ANAI-ANAI YANG BERJUTA-JUTA JUMLAHNYA ITU MULALAH MELAKSANAKAN KERJA MEMBAHAM AKAR POHON ARA TERSEBUT.LAMA-KELAMAAN POHON ARA RENDANG ITU BERANSUR-ANSUR CONDONG DAN AKHIRNYA TUMBANG REBAH KE BUMI.BERTEMPIARAN LARILAH SEMUA KRONI PUAKA TERSEBUT.
"YANG MULIA TOK RAJA!TIADA LAGI POHON YANG SERENDANG POHON ARA INI!DI MANA LAGI KITA BOLEH BERTEDUH DARIPADA TERIK MENTARI???TANYA SEORANG RAKYAT JELATA.
"LIHAT NUN DI SANA,TIDAK JAUH DARI SINI ADA SEPOHON SENA.CUMA KITA TAK SEDAR AJE DIA MEMBESAR KERANA KITA ASYIK TERUJA DENGAN POHON ARA INI.MULAI HARI INI KITA RAMAI-RAMAI BERTEDUH DIBAWAH POHON SENA RENDANG PULAK"JELAS TOK RAJA DENGAN SENYUMAN PUAS MEMBARA DAN PENUH BERMAKNA.
AKU YANG MASIH KECIL TAK FAHAM APA KAH MESEJ YANG NAK DISAMPAIKAN OLEH DATUK AKU.SETELAH BESAR DAN DEWASA BARULAH AKU FAHAM DAN JELAS DUDUK PERKARA YANG SEBENARNYA.
HARI INI AKU SUDAH NAMPAK APA KESUDAHAN SEBENAR CERITA DATUK AKU.KRONI-KRONI PUAKA TERSEBUT TELAH MELAHIRKAN RAMAI ZURIAT.SEKARANG INI BOLEH AKU LIHAT DENGAN MATA KEPALA AKU SENDIRI ZURIAT PUAKA-PUAKA POHON ARA MACANG RAJA BERTEBARAN DI JERANTUT DAN KAWASAN-KAWASAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA.INI KALILAH AKU FAHAM PESAN DATUK KU ITU!!!!!!
.
No comments:
Post a Comment