Calon Barisan Nasional Pasir Mas Tarik Diri Demi Masa Depan Kelantan!!!
PASIR
MAS 20 April - "Saya memohon maaf kepada Presiden UMNO dan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menarik diri
daripada dicalonkan dan saya bersedia untuk menerima apa jua hukuman."
Demikian
luahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa selepas
tidak menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan calon Pilihan
Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Parlimen Pasir Mas di sini pagi ini.
Tindakan
Che Johan itu menyaksikan 'mentor politiknya' Datuk Ibrahim Ali akan
bertanding satu lawan satu menentang anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd.
Abduh Nik Abdul Aziz.
Che
Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memastikan Pas tewas
di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di
Dewan Rakyat.
Serentak dengan itu, beliau
menyeru kepada semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada
Ibrahim dan semua calon BN di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.
"Selepas
mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan saya pasti pagi tadi
selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan, maka saya
menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak
pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru
amat sukar untuk BN menang di sini.
"Jadi
saya mengambil langkah untuk menarik diri lebih-lebih lagi saya melawan
Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor politik saya. Saya
tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat saya menarik
diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang dan
seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini
Banyak pihak melihat tindakan Che Johan merupakan pilihan yang tepat kerana tindakan beliau bertanding akan menyebabkan berlakunya pecahan undi diantara beliau dan Ibrahim Ali.
Situasi ini pastinya akan menguntungkan PAS.
Ramai
yang percaya, jika situasi satu lawan satu di antara Ibrahim Ali dan
Nik Abduh maka peluang adalah lebih besar untuk memihak kepada Ibrahim.
Memandangkan
sebelum ini secara terang-terangan Ibrahim Ali telah menyatakan
sokongan kepada UMNO dan BN maka, jika Ibrahim memenangi kerusi ini
pastinya akan menguntungkan BN juga.
Suara Politik
(Dari blogBelantan)
No comments:
Post a Comment