Saif-Kareena, Lelaki Islam Kahwin Hindu!!!
Sebuah sekolah pendidikan Islam, Darul Uloom Deoband menganggap
perkahwinan antara pelakon Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor sebagai
anti-Islam, lapor portal berita ApunKaChoice.
Mereka membuat kenyataan itu kerana
Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum
dia berkahwin dengan Saif.
“Mengikut undang-undang Islam,
perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar
agamanya kepada Islam,” kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur
Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.
Status akad nikah pasangan artis
berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut
ajaran Islam atau tidak. Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan
pernikahan mereka di Mumbai.
Majlis resepsi perkahwinan mereka
kemudiannya diadakan di sini. Menurut beberapa pihak yang rapat dengan
pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh
pihak media.
Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan
ikrar perkahwinan. Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan
anak perempuannya itu akan memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment