Monday 15 April 2013

JANGAN GATAL-GATAL NAK GODA BINI ORANG.ANAK DARA RAMAI LAGI!!!!

Isu Cerai: orang ketiga boleh dihukum.


Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.


“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL).

baca dengan lebih lanjut, sila ke artikel di bawah:

Bahaya sekarang ni, orang ketiga pun kena denda tau! Jadi, yang suka sangat dengan laki orang tu sila lah batalkan niat anda. 
Sila cari anak teruna..berlambak kat Malaysia..dunia apatah lagi..sama lah dengan lelaki, perempuan kan makin ramai. boleh dapat yang dara lagi..Jadi tak perlu ngorat janda..hahahahahahahaha!!!

No comments: