Luka Miss V Akibat Hubungan Seks Wajar Sama Seperti Luka Perkosaan?
Vagina
adalah organ yang sangat sensitif dan sering mengalami kecederaan. Luka
pada vagina sering dialami oleh wanita ketika berhubungan seks secara
wajar. Anehnya, luka ini juga sama banyaknya seperti yang dialami korban
perkosaan.
Biasanya, polis yang menyelidiki kes-kes perkosaan akan memeriksa
adanya luka pada vagina sebagai petunjuk bahawa sang wanita telah
diperkosa. Penelitian yang dilakukan di Denmark ini menimbulkan
keraguan bahawa cedera pada vagina boleh dijadikan bukti bahawa seseorang
benar-benar telah diperkosa.
Satu kajian mendalam yang membandingkan korban perkosaan dengan mahasiswi kejururawatan di
University of Southern Denmark
mengungkapkan bahawa cedera vagina juga boleh diakibatkan oleh hubungan
seks biasa, dan jumlahnya sama banyak dengan kes perkosaan.
"Penemuan ini sangat menarik. Mahasiswi kejururawatan yang mengalami luka
pada vagina sama banyak dengan korban pemerkosaan," kata
peneliti, Birgitte Schmidt Astrup, doktor dan mahasiswi PhD di
Institute of Forensic Medicine seperti yang dilaporkan DailyMail.
Dalam pengadilan, adanya luka pada vagina sudah boleh dijadikan sebagai bukti yang kuat bahawa seorang wanita telah diperkosa. Penemuan ini dapat menggugurkan bukti bahawa luka di vagina adalah indikasi kuat seorang wanita menjadi korban perkosaan.
Dalam pengadilan, adanya luka pada vagina sudah boleh dijadikan sebagai bukti yang kuat bahawa seorang wanita telah diperkosa. Penemuan ini dapat menggugurkan bukti bahawa luka di vagina adalah indikasi kuat seorang wanita menjadi korban perkosaan.
Kajian ini melibatkan 110 orang mahasiswi kejururawatan yang berusia awal 20an dan 39 orang korban pemerkosaan dari
Centre for Rape Victims at Odense University Hospital. Semua peserta diperiksa vaginanya kurang dari 28 jam setelah terjadinya hubungan seksual.
Hasil kajian menunjukkan bahawa cedera pada vagina ditemukan pada
36% korban perkosaan dan 34% dari mahasiswi kejururawatan. Adanya luka di
vagina mahasiswi tidak dipengaruhi oleh apakah hubungan seks yang
dilakukan kasar atau lembut, atau apakah menggunakan kondom atau
sex toys.
Penemuan yang dimuat dalam jurnal
Forensic Science International ini tentu saja akan mempengaruhi sistem penyelidikan polis di Denmark.
"Sebelum saya menemukan kesimpulan ini, para penyiasat cenderung
menangani kes perkosaan dengan serius jika ditemukan adanya cedera
pada vagina dan menganggapnya kurang serius jika tidak ada cedera,"
kata Astrup.
Namun Astrup menambahkan, meskipun tahap cedera pada korban perkosaan dan bukan korban
perkosaan
adalah sama, mungkin ada risiko beberapa luka akibat perkosaan
memiliki karakteristik atau lokasi yang sama. Atau, mungkin juga luka
yang dialami korban perkosaan lebih parah.
Jenis selaput lendir yang berbeza dalam vagina setiap wanita juga
mungkin mempengaruhi luka. Sebagai contoh, pengkaji di Amerika Serikat
telah menemukan bahawa perempuan kulit putih memiliki kemungkinan
mengalami cedera pada vaginanya 5 kali lebih besar dibanding wanita
dari ras lain.
No comments:
Post a Comment