SERAMAI tiga pelajar kejuruteraan India mengaplikasikan kemahiran mereka
dengan mencipta set pakaian dalam wanita anti rogol yang mampu
mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak 3,800 kilovolt (kV) terhadap si
penyerang.
Baju anti rogol direka khas oleh tiga pelajar kejuruteraan India mampu menyalurkan 3,800 kV kuasa elektrik kepada penyerang. |
Dipetik Daily Mail, set pakaian dalam berkenaan akan melumpuhkan penyerang sebelum menghantar satu pesanan teks automatik kepada polis atau ahli keluarga mangsa mengenai lokasi serangan.
Wakil jurutera yang membantu membangunkan produk ini, Manisha Mohan
berkata, satu set kecil pengesan tekanan diselitkan di beberapa bahagian
strategik pakaian dalam wanita, serta mampu mengeluarkan kuasa kejutan
elektrik secara automatik sebanyak 82 kali atau lebih sekali gus
menyebabkan penyerang pengsan.
"Pakaian dalam wanita ini memiliki sistem komunikasi bergerak global dan
berfungsi sebagai pengesan tekanan sebelum mengeluarkan gelombang
elektrik kira-kira 3,800 kV serta pesanan kepada keluarga mangsa atau
polis.
"Si pemakainya hanya perlu menghidupkan alat pengesan dan ia akan
berfungsi secara automatik jika ada individu yang menyentuh bahagian
berkenaan," katanya sambil menambah pakaian dalam anti rogol dilengkapi
modul sistem penentu kedudukan global dan modem GSM. -SinarHarian-
No comments:
Post a Comment